Selasa, November 29, 2011

Kopi secawan belum mampu mencetus idea.

Aku mahu sesuatu yang penuh kegembiraan, mampu mengukir senyuman bila orang membacanya. Aku cuba, terus mencuba. Sebenarnya banyak kisah berlaku pada diri aku, semuanya berkaitan dengan manusia lain - menjadi watak picisan yang hebat.

Ok, mula mengarut.

Sepanjang tahun ini, maksud aku bermula dari Januari awal tahun ini, semua berlaku dengan indah. Menjadi seorang pelajar yang penuh keceriaan, riang tanpa memikirkan soal belajar sebab dah habis peperiksaan. Menghitung detik graduasi, mengira hari pulang ke Malaysia sebab memang aku dah lama tak pulang ke Malaysia, juga ingin mengetahui bagaimana menjadi seorang yang mempunyai kerja belum jaya lagi.

Hari ini ada seorang tepuk belakang aku:

"Apa pasal hari ini kau senyum semacam je?"

Sebab hari ini bukan hari Selasa.

Telah hilang dari 'blues Monday'.







Selamat malam, semoga kebosanan anda semakin bosan.

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...