Jumaat, Oktober 21, 2011

Agak kecut jumpa doktor gigi minggu depan.

Aku ada doktor faveret aku untuk doktor gigi.

Aku juga ada doktor panel tersendiri dari kecil, sejak doktor itu naik kereta Iswara je sampai sekarang naik Mercedes. Tahu sejarah aku, ada lelah yang dah OK - kerana aku melawan cakap dia, kes aku masuk wad akibat keradangan daripada lelah. Doktor itu aku dah lama tak lawat, maka berita baiknya aku dah jarang sakit.

Alhamdulillah.

Baru-baru ini, aku mengalami sakit gigi yang terlampau sangat. Sampai ke kepala dibuatnya. Mula sakit kepala, aku suspek aku ada migrain ke apa. Tapi rupanya kerana sebatang gigi.

Aku memang takut doktor gigi. Dari kecil, masa gigi aku rongak akibat makan coklat tanpa had sempadan masa, aku dibawa oleh bapa aku pergi jumpa doktor ini. Nak cabut gigi. Aku masih ingat masa kecil, dia bagi injection pebende, cabut, kasi bius - terasa takut bila setiap alatan masuk ke ruang mulut. Sejak dari itu, aku patuh arahan doktor itu.

"Kasi ini budak gosok gigi hari-hari."

Bermula dengan Kodomo Lion sehingga Colgate, Darlie, Zact Lion (feveret masa cubaan henti merokok), dan bermacam-macamlah sekarang.

Bila aku kena sakit gigi, 3 hari lepas aku terus teringat doktor itu. Sebelum ini memang ada periksa gigi setahun 2 kali, tapi klinik kerajaan je la. Saja-saja. Sakit yang ini, aku rasa kena kembali ke doktor gigi yang pernah cabut gigi aku bertahun lama yang lalu.

Masuk sahaja ruang menunggu - sama. Poster sudah berubah, kedudukan kaunter masih sama. Amoi itu tanyalah,

"First time ke?"
"Dulu ada. Long time ago lah."
"Jap erk, check."

"Tak ada. Adik isi borang ini dulu."
"OK."
"Sebab apa erk?"
"Sakit la." Aku tunjuk bahagian dalam gigi.
"OK. Siap isi borang, tunggu 20 minit."

Dalam tempoh menunggu, aku dok meng-Google pasal gigi geraham. Apa akan berlaku kalau gigi geraham bongsu dicabut. Dalam web itu cakap, peratusan penglihatan mata sebelah (tak pasti kiri ke kanan) akan rosak dalam 10 peratus. Proses cabutnya pula, kena X-Ray dulu. Adakah struktur gigi boleh dicabut (kalau sakit) secara normal atau melakukan pembedahan. Kalau pembedahan, pelali akan disuntuk sekitar gusi...bla, bla.

Aku naik seram.

"Mohd Adib, masuk."

Turn aku masuk ruang pesakit. Doktor itu tanya, mana sakit. Doktor itu dah banyak hilang rambut. Faktor usia barangkali. Doktor itu suluh itu, suruh minum air, kumur, masuk cermin, jolok-jolok.

"Ada lubang."
"Kena buat apa."
"Macam ini. Tampal dulu, besar sangat lubang ini. Blind spot dalam gigi. Bahagian dalam mulut, mungkin U gosok tak kena. Hari ini, tampal. Selepas 4 hari, U datang lagi."
"Cabut?"
"Yes."

Lagi aku seram.

"OK. Selepas 5 hari saya datang."

Aku keluar je, ubatan aku dah sedia. Painkiller, air kumur, bla, bla, bla, bla. Ada 5 macam itu, bergantung kalau sakit datang lagi.

Macam malas je nak jumpa minggu depan.

Memang macam dalam bacaan aku di Goggle. Jururawat itu kata, doktor memang dah buat keputusan nak cabut. Tapi kena tunggu 5 hari. Dia akan X Ray rupa gigi aku itu dulu, selepas itu, akan cabut secara normal. Kalau tidak, secara abnormal - pembedahan perlu dilakukan.

Baru aku tahu, kenapa Oral B melabur banyak dalam RnD berus gigi.

Jagalah gigi geraham bongsu anda, sebab kalau cabut, ada kemungkinan hilang peratusan penglihatan mata, lupa ingatan, rabun, buta, dan macam-macam lain. Aku cakap berdasarkan apa yang aku baca tadi.

Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

Basri berkata...

Tak penah jumpa doktor gigi & tak penah ada masalah gigi..'

Tanpa Nama berkata...

get well soon!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...