Rabu, Oktober 19, 2011

Aku bukan manusia berguna, kot.

Sejak kecil, kau telah diomokkan dengan Cerekarama TV3 (ketika itu Astro masih pilihan yang asing). Akibat derhaka kepada ibu bapa, akibat menikam belakang kawan, akibat lupa soal ketuhanan. Pokoknya, mesej yang hendak disampaikan....

...jadilah 'manusia yang berguna'.

Aku pun tak tahu bagaimana manusia yang dikatakan berguna.

Adakah menjadi insan yang stabil, maksudnya dari segi kewangan, taraf sosial. Misalan, ada seorang nenek kata - kecil kau dulu nakal, bila besar baru jadi orang. Tak tahu apakah istilah jadi manusia berguna, manusia yang jadi orang.

Sedang aku syok gaban bermain permain Plant VS Zombie (super-duper addict, setelah dipromosikan oleh jururawat muda di IJN), adik aku tanya...

"Dib, kau rasa kau ni orang berguna ke?"

Bagai menusuk jiwa, soalan itu. "Aku rasa tak kot. Pehal tetiba kau tanya?"

"Sebab aku tengok lelaki sebaya kau tak macam kau."

"Apa bezanya."

"Kau jaga pemakanan kau, tidur awal, makan petang, hujung minggu kemas bilik."

"Pebender kau mangarut ni? Sama je lelaki bujang lain."

"Kau lain dow!"

"Dah, dah, dah. zombie dah datang."

Selepas segala pokok yang aku tanam atas bumbung dah dimakan zombie, cerobong rumah aku dimasuki 2 ekor zombie dan makan otak aku, selaku pemilik rumah itu baru aku sedar soalan itu memang ada rasionalnya.

Adakah aku orang berguna?

PS: Tak berbakat main Angry Birds, jadi aku tukar profesion jadi lawan kepada segala zombie-zombie. Waachaa!

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...