Tajuk aku kali ini tiada sangkut paut dengan kes anjing liar yang kena sampuk dek sami kuil Hindu membaca mantera. Tiada.
Aku sebenarnya tengah kacau bilau. Macam seolah-olah tiada arah selepas aku terlihat satu peristiwa yang melanda diri aku. Baru melihat dengan hati yang sebelum ini aku hanya membiarkan sahaja berlaku.
Lalu sekarang aku seolah-olah memencilkan diri. Suruh beraya, malas. Beli barang dapur rasa serabut. Bila pulang ke rumah, aku masih meneruskan rutin yang aku buat semasa aku seorang pelajar - bukan belajar, tapi menonton drama itu ini. Sekejap, sekejap tengok bola. Baca itu baca ini. Semalam aku tertanya-tanya, adakah aku normal pada definisi lelaki bujang biasa?
Atau, kalau dikatakan aku kurang normal yang masih dalam firasat 'siuman' adakah aku dalam lingkungan abnormal?
Seolah-olah aku dah hilang diri, tak tahu sebab apa. Nak kata fenomena mandi tak basah, ok je, lenjun lantai gak aku lap badan aku dengan tuala mandi. Nak kata makan tak kenyang, makan gak dua pinggan sampai terdampar menghadap sinetron Indon. Tidur tak lena? Hampeh. Jumpa bantal je nak tidur.
Jadi aku tolak kemungkinan, kemungkinan yang besar bahawa hati aku berkecamuk.
Tolak tepi.
Jadi aku teruskan pada keadaan kedua. Aku kurang melakukan aktiviti yang berkaitan menaikkan hormon aku. Aku percaya, hormon aku akan menjadi stabil kalau aku berpeluh (bersukan). Cuma sejak puasa dan raya ini, kekerapan bersukan hampir menjadi sifar. Dalam seminggu hanya 1 jam sahaja. Selebihnya, berpelikat atas katil menikmati kipas angin tanpa penutup meniup-niup suruh tidur lebih lama di hujung minggu.
Ahad lepas, aku tak tahu nak buat apa, aku rasa nak pergi Tesco - dengan tanpa arah tujuan. Aku ajak adik aku, tapi tak nak sebab aku pergi tanpa tujuan.
Siap perli aku.
"Cuba kau cari awek, kan senang sikit nak jalan mana-mana,"
Memang menusuk jiwa giler komen adik aku. Akhirnya aku membawa diri pergi Jusco, jalan-jalan tengok kusyen, TV LCD berinci-inci, test home-theatre keluaran Sony, pergi artbox kedai. Baliknya, aku usung set meja yang perlu dipasang sendiri.
Petang Ahad itu, aku menukang sebuah meja - mempunyai empat kaki, kaler merah. Agak berpeluh gak aku menukang meja itu sampai berdiri.
Aku rasa aku nak jadi lelaki dalam novel Notebook, menukang buat rumah sebiji, cat lawa gile, masuk majalah ke, surat khabar ke. Lepas itu, aku nak berlari macam Forest, lari tanpa arah.
"Run, Adib, run, run....!"
Terima kasih dengar aku mengomel malam ini. Dalam keadaan berbaring membaca blog ini, melalui laptop kegemaran masing-masing, atau melalui telefon pintar berbagai jenama - maka dengarlah ini aku cuma mahu katakan...
...aku mula bosan hidup single.
PS: Kenyataan diatas adalah palsu.
Kebosanan mencipta kelainan.
3 ulasan:
apa yang digambarkan dalam post ni ;
lelaki bujang yang belum jumpa kekasih hati lalu mencari benda lain bagi memenuhi masa sementara hati sendiri sedang berkecamuk.
kesimpulan;
ikutlah nasihat adik anda, sekian
letak satu cita2 tuk dicapai. baru tak bosan.
jgn kawen adib. duit hantaran mahal skrg ni
respon kepada komen di atas:
http://dhuhalahni.blogspot.com/2010/04/dilema-majlis-pertunangan-kahwin.html#comments
Catat Ulasan