Aku sekarang asyik balik awal je.
Sebab, aku dah nak kurangkan workholic. Sebulan lepas memang aku gile sikit. Tapi, ada satu benda dalam almari aku telah menyentak memori aku.
Skaf musim sejuk kaler kelabu. Skaf yang telah mewarnai beberapa episod akhir aku ketika tahun akhir pembelajaran. Rupanya, aku terlupa satu benda - memori magis yang telah menjadi tatapan dalam blog ini. Bagai perahu dilanda ombak, macam muka aku ditampar guru disiplin.
Semalam, aku telah menulis cerita pasal aku yang dah bosan menjadi seorang single.
Sebenarnya, aku terlupa matlamat asal aku sebelum umur aku 27 tahun. Aku terlupa perancangan aku untuk 3 tahun mendatang. Tak apa. Sekurangnya, selepas 6 bulan aku merancang, tak tersimpang jauh.
Bila ada pengkomen bagi pasal isu kes meminang pun macam nak rak...
...memang aku setuju benda itu sekarang menjadi isu serius dalam masyarakat kita.
Baru tunang dah gile-gile, ada kameraman, ada pendandan rambut, buah tangan bermacam gaya. Memang dah 80 peratus macam sesi perkahwinan/persandingan. Dulu seingat aku masa, salah satu pakcik aku masuk meminang tak ada lah macam itu. Datang ke rumah bakal mak mertua dia pun, macam 3 keluarga datang nak beraya tapi bawa dulang.
Salah satu yang aku ingat dalam dulang itu adalah taburan coklat Cadburry kaler ungu yang banyak. Memang aku nak curi je dua tiga ketul masuk kocek.
Bila dah selesai berkata-kata, dah capai kata sepakat, ambil gambar pakai filem Kodak lepas itu, ramai-ramai makan durian (sebab bakal bapak mertua dia tokey dusun durian). Memang santai. Si lelaki, (pakcik aku) datang menyusul setelah tersorok-sorok belakang pokok mengharap pinangan diterima. Lepas itu pulang ke rumah.
Tak ada pakai tengkolok macam Hang Jebat nak pergi belasah Hang Tuah.
Sekarang, lain... dan aku akan melaluinya.
Tunang je, dah kena shot kamera pakai DSLR. Tak ada filem cuci-cuci Kodak. Ada pelamin (ini aku tak boleh blah!). Katil plak dah berhias-hias. Baju dah sedondon warna. Si perempuan tak ada pakai baju kurung yang ada bunga-bungaan menepek besar di bontot. Kena pakai baju pinjam kat butik, cek oi. Siap bersanggul, bermahkota semua. Nak gempak lagi, pakai photoshooter yang super. Gambar super duper lawa. Masuk Facebook dengan harapan ada orang menekan button LIKE.
Aku ada ramai kawan, yang dah berkahwin itu selamatlah dah kahwin. Yang bertunang ni masalah. Bila tunang pun dah cecah RM 10,000 (hangus gitu), apatah lagi kalau nak buat majlis walimatul urus. Bagaimana?
Ni lagi aku...tahun-tahun mendatang.
Kalau aku dijodohkan dengan perempuan yang ada degree, lawa plak tu, berharta (contoh), baik aku loan kereta BMW M3. Walaupun tak boleh tidur sekatil, kalau agak-agak kondem, boleh jual kat orang lain, beli kereta lain.
Sebab itu, aku pernah berseloroh, "Carikan aku perempuan yang tak tengok Astro, tak layan K-Pop, tak main Facebook."
Aku mampu nak kahwin sekarang, cuma mampukah aku hidup selepas kahwin?
Itu persoalan untuk aku.
Kebosanan mencipta kelainan.
2 ulasan:
Usahakan cari gadis dari keluarga yang mengamalkan lifestyle sederhana. Tak mustahil boleh jumpa zaman ni, masih ada ramai sebenarnya. InsyaAllah, keberkatan dalam kehidupan berumahtangga yang penting bukan wedding yang grand giler.
Fighting! =)
kalau dah sampai seru nanti, kahwinlah. masa tu konfem dah ada keyakinan nak hidup lepas kahwin *cakap mcm ada pengalaman je * HAHA
Catat Ulasan