Jumaat, September 16, 2011

Chipsmore bukan sekejap ada, sekejap takda, tapi terus hilang.

TV adalah alat media yang telah menjalar setiap isi rumah. Menjadi tatapan bapa untuk melihat isu semasa dunia dan dalam, untuk ibu melihat chef Wan memasak, hiburan untuk nenek menonton hal ehwal perdana Islam, adik untuk melihat Detective Conan dan makcik-makcik melihat badan Salman Khan berketul-ketul.

TV juga telah memupuk minda kita menerima apa sahaja yang keluar di TV, adalah benar. Sesiapa yang mula berjinak menonton TV dari zaman 70-an, memastikan sumber adalah benar dan sukar dijangkal. Sebab dahulunya, itu sahaja sumber maklumat selain radio dan suratakhbar.

Antara fenomena yang dapat dilihat sehingga sekarang, disebabkan pengaruh TV:

1. Pukul 8 adalah waktu menonton berita.
2. Malam minggu mesti ada cerita best di TV.
3. Clorox adalah bahan pencuci, padahal ianya adalah sebuah jenama sahaja.
4. Produk pemutih pasti akan memutihkan wajah, model bukan seorang nigga.
5. Makan Oreo kena putar, celup dan cicah dalam air susu.

Dan, hari ini seorang staff telah menyatakan bahawa...

6. Chipsmore tak ada kes sekejap ada, sekejap tak ada. Padahal makan sekali, dah ditelan ke dalam perut.



Malam ini aku berminat nak cerita pasal TV, sebab sebenarnya aku dah lama tak tengok TV secara 'proper'. Misalan, buka satu siaran, dari mula sampai habis tengok.

Aku selalu begini, ambil remote. Singgah itu kejap, singgah sana kejap, tengok iklan kejap. Selepas pusing beberapa siaran. Berhenti sekejap. Rasa macam seronok. Lepas itu, aku ulang balik benda tadi.

Lepas itu, aku off dan kembali buat apa aku suka.

Aku rasa aku tak perlukan TV buat masa ini.

Mesin basuh perlu.

Aku tengah mengatur perabot dan pakaian, tengah membina sistem supaya aku dapat menyarung seluar dalam, seluar dan baju dalam masa kurang dari 10 minit. Sebelum ini, aku banyak habiskan masa dari segi pencarian seluar dan stoking bila waktu pagi bekerja. Masalah itu aku dapat selesaikan dengan menyediakan deretan stoking berdasarkan sistem 'first in, first out'.

PS: Sistem ini aku tengok dari kedai runcit yang menjual chewing gum.

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...