Selasa, Julai 19, 2011

Tempat kerja adalah gelanggang permainan aku.

Orang tanya aku, apa motivasi aku pergi kerja setiap hari, motivasi aku melangkah masuk ke kawasan kerja aku:

"Ini gelanggang permainan aku."

Aku dikatakan gila.

Kalau aku anggap tempat kerja ini bagaikan tempat yang tak best langsung, memang aku tak akan kerja dengan keadaan yang seronok. Persekitaran kerja yang bagus adalah menganggap suatu tempat itu selesa, tiada tekanan. Menyenangkan semua orang.

Aku ditanya lagi, apa target kau dalam setahun:

Aku tunjuk pintu.

"Aku nak tengok orang keluar dari pintu ni, dengan keadaan tersenyum."







Sekali lagi, aku dianggap terlalu abstrak dan rumit untuk difahami.

Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

happycloud berkata...

tidak bisa di baca, pemikiranmu

Linlin berkata...

cuba jadi ketua, pastu tengok kau urus pekerja cane. tengok diorg keluar senyum ke tidak.

kalau berjaya, memang ....(isi sendiri)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...