Isnin, Julai 18, 2011

Keadaan aku cakap seorang diri.

Aku buka sedikit cerita tentang diri aku.

Aku ada satu tabiat. Apabila aku sedang berfikir secara ligat, aku akan cakap seorang diri.

Rakan sekerja aku, agak terkejut bila tengok aku cakap seorang diri depan komputer. Dia ingat aku macam kena sampuk. Tapi aku memang macam ini dari dulu, dari zaman aku belajar. Aku pernah duduk kat mesin yang 7 kali ganda lebih besar dari aku sendiri, memegang pensil, ada lakaran kertas putih dan manual - dan bercakap seorang diri. Bagi aku, itu waktu aku sedang bertapa dan neuron aku di tahap paling maksima.

Rumet aku masa tahun ketiga dan keempat, adalah manusia yang faham keadaan aku bila aku cakap seorang diri:

Dia tahu aku sedang:

1. Belajar bersungguh-sungguh.
2. Siap assignment yang tahap super-duper yang payah.
3. Menghafal.
4. Berlatih soal-jawab secara sendiri.
5. Bermain game dan hampir kalah.

Tapi, ada satu situasi aku cakap seorang diri yang akan membuatkan orang lain risau:

Aku ngigau dalam bahasa Korea.



Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

ruzovy berkata...

haha..dh jd org korea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...