Ahad, Julai 17, 2011

Ilmu terbaik datangnya dari jalanan.

Aku meminta dari kawan aku, suruh hantar aku ke stesen komuter.

"Dah ada kereta, tapi naik komuter. Apa kejadahnya?"
"Saja. Dah lama tak jalan-jalan dalam keadaan sesak manusia."
"Saja. Bosan-bosan naik kereta je."

Sejak aku pulang ke Malaysia, yakni sudah 4 bulan, aku dah lama tak menaiki pengangkutan awam. Bas sampai sekarang belum pun pernah. Komuter, monorail, LRT baru hari ini. Salah satu alasan kenapa aku naik pengangkutan awam, bukan sebab aku sayangkan bumi, tapi penjimatan sebanyak 80% dari segi kos perjalanan.

1#. Bermula dari Shah Alam.
Aku rasa ada peningkatan yang banyak dari segi masa. Beza dari satu komuter, ke satu komuter lain, yang aku ingat adalah 14 minit. Tapi, bila aku beli tiket, dan ada komuter sudah berlalu. Bila aku tunggu, kurang dari 12 minit. Tanniah untuk KTMB. (adakah cuma untuk hari ini sahaja?)

2#. Dalam gerabak.
Pada mulanya, aku masuk gerabak perempuan. Aku tak perasan, sehingga bila sudah masuk terlalu banyak kaler merah jambu. Dalamnya memang banyak lelaki juga. Memang bagus asingkan coach untuk perempuan sahaja. Tapi, tolong sarankan perempuan lain pun masuk ke coach perempuan. Apabila aku pindah dari coach perempuan ke coach yang bercampur - nisbahnya tinggi. Kuantiti tidak sama. Cuba kaji semula kebersanan coach perempuan ini.

Terlalu ramai warga asing, petanda baik untuk ekonomi negara. Dari segi sosialnya - aku kurang pasti. Ada yang kata, tidak baik. Aku rasa, susunan kerusi dalam gerabak kena diubah. Perlu diubah, untuk menambah kapasiti penumpang yang masuk serta aliran trafik manusia. Misalan, orang yang duduk kena keluar bila pintu dibuka. Menyusahkan orang.

3#. KL Sentral.
Papan tanda memang ada. Tapi terlalu kecil, kecil sangat. Padahal KL Sentral adalah pusat pertukaran transit awam. Jadi dari segi papan tanda sila tolongkan besarkan FONT, dan diletakkan ditempat yang nampak. Ada papan tanda untuk ke LRT tersembunyi disebalik iklan-iklan.

Masih ramai selesa membeli tiket dari kaunter, padahal mesin automotik ada lebih 5 disitu. Perlu diletakkan satu garis panduan atau manual, yang menyenangkan orang. Aku tak tahu bagaimana nak beli tiket guna mesin automotik ini. Belajar dari seorang amoi yang memakai sleeveless, baru aku tahu. Mesin ada, tak digunakan. Rugi.

4#. Beratur.
Ada garisan dilantai, supaya bila masuk ke dalam LRT dalam keadaan teratur. Tapi, realitinya tidak diikut. Aku berdiri, bila datang je. Kanan kiri aku tiba-tiba muncul manusia, dan berebut-rebut naik. Orang nak keluar susah, yang masuk kelam-kabut. Secara tak langsung ketepatan masa sesuatu gerabak dari stesen ke stesen akan ada penangguhan masa.

5#. Suara pengumuman.
Ini paling celaka. Sumpah, memang terasa taik kerbau (bullshit). Announcer itu suruh penumpang supaya berdiri dibelakang, tapi dalam keadaan yang marah. Dalam nada suara meninggi. Orang Malaysia mungkin tak kisah, tapi perlu ingat pengguna pengangkutan awam di Kuala Lumpur bukan dari golongan orang Malaysia sahaja.

Ini memang memeranjatkan aku.






Tujuan aku keluar hari ini adalah:

1. Saja nak naik komuter, kenderaan rasmi ulang alik Seremban ke Klang ketika aku di MRSM Muar.
2. Pergi job-fair.
3. Pergi Kinokuniya. Salah satu tempat paling seronok aku pergi di Malaysia.



OK. Kepenatan.

Salam Nisfu Syaaban.

Kebosanan mencipta kelainan.

4 ulasan:

Nadia berkata...

kan..kan..kan..~!!tp ako tabik spring ngan sistem pengangkutan kt Korea ...^^V..alangkah bagusnya kalo M'sia pon sebegitu....

happycloud berkata...

Belajar dari seorang amoi yang memakai sleeveless

nak sebut jugak, sleeveless tu. HAHA.

naik selalu, macam macam ragam manusia bisa dilihat ;D

アイシャー berkata...

saya salah seorang drpd pengguna ktm dan lrt..
hampir setiap minggu saya menggunakannya. kalau antara ktm dan lrt, saya prefer lrt..

masalah bila naik ktm ni;
1. sound system. kurang jelas. operator yg dlm komuter tu mcm 'nak tak nak' je bagi tau location
2. selalu lewat. tak sharp. especially rawang-tg malim
3. pengumuman & info kurang jelas.
Contohnya, bila nak tukar platform. Dari dalam komuter, diorang suruh pergi Platform 2. Tapi bila pergi Platform 2, kakitangan kat situ kata kat Platform 1..
4. paparan kurang jelas. dah lah sound system tak bagus, suara pecah2. terpaksalah tengok kat paparan yg ada di platform. tapi benda tu pun kurang jelas. bergoyang-goyang tulisannya...

Unknown berkata...

memang mesin banyak tapi hampir semua tak boleh pakai. susah nak detect duit kertas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...