Sabtu, Julai 16, 2011

Mampu beli, tak mampu bela.

Sejak-dua-menjak ni, aku dah macam driver bapak aku sendiri.

Selalunya, bila bapak aku ajak keluar akan buat keputusan. Dari 3 kunci kereta di deretan kunci, biasanya akan ada pilihan yang menjadikan aku duduk sebelah kiri (tidak memandu). Sejak beberapa hari ini, kalau kemana-mana bapak aku akan menunggu di sisi kereta dan menunggu respon aku. Dan, aku hanya mendapat arahan.

"Nak ke mana?"
"Hurm, showroom Peugeot."

Aku memang tak minat kereta Peugeout. Tapi, memandangkan bapak aku nak usha-usha hargalah kononnya sambil macam berminat nak test-drive. Aku duduk diam je kat satu hujung kereta. Model baru, kot.

Sambil itu aku suka usha samada kereta itu pakai suspensi apa, kapasiti enjin kereta itu, tayar berapa inci, interior dalaman kulit atau biasa-biasa je. Harga, memang aku malas nak tanya. Kalau aku tanya maksud aku, dah ada minat baru bertanya.

"Dib, kalau kau layan kereta ni, kompem dapat angkut awek."

Aku diam. Sambil tangan aku mengutil bahagian enjin.

"RM 90,000 je pun. Nak?"

"Kalau bagi, nak je."








Kalau aku hitungkan, aku mampu pakai kereta berharga RM 100,000 ke bawah. Cuma, dari segi kemampuan nak bela - agak menyempitkan. Segi maintenance, tukar minyak hitam, spark plug kadang-kadang boleh mencekik kehidupan aku yang super-duper-hyper.

Mampu beli, tak mampu bela.

PS: Paling janggal kalau duduk belakang pemandu, rasa aneh tak pegang stereng kereta.

Kebosanan mencipta kelainan.

4 ulasan:

happycloud berkata...

"Dib, kalau kau layan kereta ni, kompem dapat angkut awek."

ayah cakap macam ni? pehhh

Unknown berkata...

bole jer beli kete harga 100k. tapi tiap2 hari makan pasir la.

Nadia berkata...

ako heran..~!!!nape slalu statement "kalo ko layan kete nie, kompem dpt angkut awek" akan kuar...adakah hanya sbb kete jer awek akan menyendeng kt org lelaki??? kalo ako 1st impression ako adalah hurmm sah2 mamat nie playboy..~!!

jijie berkata...

maintainance satu hal. insurance dan road tax yang kene renew every year pun satu. tak kisah la keta kecik ke tak. semua ikut kemampuan sendiri. dan kalau hanya kemahuan bukan nya keperluan, tak perlu kot.
bersyukur apa yang ada. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...