Jumaat, Julai 15, 2011

Pelik dengan orang yang takut bos.

Aku orang Malaysia, tapi kekadang aku bekerja cara orang Korea.

Dulu memang aku pernah kerja dengan orang Korea. Memang tahap cipan-bangsat. Kena maki hamun tu biasa. Cuma tak pernah tampar-tampar la. Satu lagi, benda paling penting orang Korea ini jujur melampau. Kalau dia kata tak suka, memang akan cakap tak suka.

Sebenarnya letih jadi 'yes-man' ni.

Walaupun aku budak baru, mula-mula aku jadi gak 'yes-man' ni. Budak baru. Kau apa tahu. Lama-lama bila aku dah faham selok-belok, aku dah jadi kaki lawan.

Dalam tempoh probasi lagi, aku disuruh siapkan assignment - aku hempas kertas atas meja, lepas itu aku blah dari ofis dan balik ke rumah. Pernah juga, dalam area 'management' aku di suruh itu, disuruh ini. Selamba je, aku cakap benda yang dikatakan melawan:

"Bos, kaki saya ada dua. Tangan saya ada dua, mata pun ada dua. Bos nak mana satu?"

Bos aku, terus kata aku dah pandai bersuara.

Hari ini, aku buat sesuatu luar jangkaan.

Apa aku buat hari ini sebenarnya mengundang geli hati pada bos aku. Masa aku bentangkan paperwork aku, bos aku pandang aku sambil gelak-gelak kecil dan menutup mulut.

Lepas habis je meeting, aku ditarik ke tepi.

"Kau memang...kau memang berani."






Apa aku buat memang sesuatu luar jangkaan bos aku. Kekadang, aku memang tak faham dengan sesetengah orang, kenapa perlu takut dengan orang nama 'bos'. Padahal, orang bernama 'bos' itu bukannya orang yang menjamin ke syurga atau ke neraka.

Bila fikir balik, apa aku buat tadi memang risikonya....amat besar.

Kebosanan mencipta kelainan.

4 ulasan:

happycloud berkata...

buat sesuatu yang diluar jangkaan tu mesti sebab bosan en? HOISSH

Tanpa Nama berkata...

"kebosanan mencipta dandelinoid yg hebat"

-bukan sood-

Nadia berkata...

mmg btul boss x leh menjamin kite msk syurga or neraka tp dia mampu membuatkan tmpt kerja ko jadi syurga or neraka....tp once boss ko nmpk kelebihan ko......ia akan jadi woooooowwwww di masa hadapan....tahniah dari ako

jijie berkata...

haha.. selalu je menjawab kata-kata bos... terasa pulak diri beta.. ahaks!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...