Rabu, Julai 20, 2011

Pemula bicara pasal perempuan mengandung.

Rakan sembang ala-ala kedai kopi, memang semua berumur. Umur sebaya bapak aku, sebaya pakcik-pakcik aku, 10 tahun tua keatas. Sebab itu, HR cakap aku nak cepat naik pangkat. Sembang-sembang dengan orang-orang berjawatan tinggi.

Bagi aku, pengalaman dan hubungan sesama rakan sekerja. Sebab mereka adalah pasukan aku.




Port yang sama.

Aku akan bawa kopi aku. Lihat sekeliling dah duduk dengan minuman masing-masing. Aku duduk di tengah. Hirup sekali dua.

"Dib, partner ko mana?"
"Gi check-up."
"Kenapa?"
"Bini dia mengandung."

Selepas dari itu, kesemua lelaki-lelaki yang telah bergelar bapa bercerita saat-saat bagaimana melayan karenah kali pertama mengandung. Paling teruk, ada yang kena gerak dari Selangor ke Terengganu semata-mata nak makan mangga depan rumah. Ada juga, dari tak reti masak terpaksa masak sebab bini mengidam nak makan masakan suami (padahal suami tak reti memasak). Tak kurang, mereka gambarkan bila bini dah mula mual, macam-macam kena kontrol.

Dari bab mengidam, ada yang berkongsi tak boleh tidur malam. Kena urut bini ketika bini tu muntah-muntah kat tandas. Ada yang cerita siap nak muntah sekali, sebab bau ke apa.

Ada juga, cerita perasaan gelabah pasal nak pilih hospital mana. Kerajaan atau swasta. Kena ada dokumen apa nak buat check-up. Orang-orang yang ada disitu, terus berminat nak kongsi bagaimana sengsaranya melayan karenah bini mengandung 6 bulan pertama, anak yang pertama.

Aku senyum-senyum.

Sambil-sambil, aku hirup kopi aku.

Ada yang masih mengacah-ngacah aku, andaikata kalau aku ada bini dan sudah mengandung, bakal mengidam kimbab dan kimchi.

"Dib, kalau kau manjakan bini kau, nanti masa mengandung, dia lagi 'manja' dengan kau."

Aku garu kepala.

Aku tak tahu kenapa tema 'bini mengandung 6 bulan pertama' jadi bualan.







PS: Esok, aku nak bukak topik bagaimana mengharungi malam pertama. Diorang bukak ke tak?

Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

happycloud berkata...

hormon HCG tinggi, 3 bulan pertama bisa jadik gila. kalau laki dah rasa macam tu, apetah lagi yang bawa budaks tu. HAHA

oh, topik yg bakal dibualkan tu, erk........

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...