Berbeza kapasiti pemikiran orang itu hendak menganggap yang sudah berlaku adalah 'sentimental' dan 'unik'. Misalan, hari pertama aku jumpa seseorang. Mungkin itu biasa pada seseorang.
Hari ini hari Ahad.
Semalam hari Sabtu.
Kedua-dua hari itu adalah teristimewa, bagi aku.
Bermula petang Sabtu, aku memenuhi permintaan orang, bertemu dengan seseorang yang tua memberi nasihat berguna. Juga, aku telah terserempak dengan keadaan yang amat 'ganjil' dalam hidup dan telah mencetus keadaan untuk hari-hari seterusnya.
Hari ini, juga - Ahad.
Aku simpulkan teramat istimewa.
Beberapa hari lepas, ada orang dalam Formspring tanya, cuba sebut nama satu cikgu masa sekolah rendah. Masa aku jawab soalan itu, mulanya amat sukar. Tapi aku usahakan juga, sebab cikgu antara lapisan masyarakat yang aku sanjungi. Sebab aku berdepan dengan cikgu yang serba 'awesome' masa sekolah rendah, sebab itu aku masih ingat.
Aku ingat mereka, sebab mereka satu. Bagi mereka, amat sukar untuk mengingati setiap nama pelajar. Satu kelas lebih 30 orang, yang mereka ajar lebih 40 orang.
Hari ini adalah hari sukan untuk tempat aku bekerja.
Dalam kelibat ratusan orang itu, aku ternampak satu manusia memegang mikrofon, memegang kertas memanggil pemain-pemain masuk ke padang. Aku mulanya, terdiam juga memikirkan nama cikgu itu. Tapi, dalam kepala aku teringat satu link yang telah mengingatkan nama cikgu itu.
...Formspring.me.
Nama dia cikgu Junaidi.
Aku duduk sebelah dia, lalu aku hulurkan tangan.
"Assalamualaikum cikgu..."
"Waalaikumsalam...eh, kamu panggil saya cikgu?"
"Saya...bekas murid cikgu, masa sekolah rendah."
"Hurm...kamu, Adib kan?"
"Ye saya."
"Lain rupa kamu, memang lain."
"Cikgu ingat lagi nama saya, ye."
"Mana boleh lupa, kamu satu-satu murid saya yang.....(bla, bla, bla, bla)"
[Aku rahsiakan latar belakang masa sekolah rendah]
Memang aku rasa beruntung kepada yang bertanya di Formspring, itu hari.
Soalan itu telah membuatkan aku segan, andaikata aku salah nama cikgu itu, tapi cikgu itu kenal aku. Masakan cikgu itu hanyalah seorang sahaja.
Kebosanan mencipta kelainan.
2 ulasan:
OK, aku yg tanya soalan tu. Tak sangka juga kau masih ingat nama² cikgu masa darjah satu/rendah. Kalau aku, mmg satu pon tak ingat. Hmm.
kisah zaman sekolah rendah, kalau cikgu ingat, antara pandai atau melampau nakal
Catat Ulasan