Isnin, Julai 11, 2011

Aurat terdedah menyebabkan mata aku lagi 'tajam'.

Ni bukan petua untuk menajamkan penglihatan.

Kalau perempuan itu bertudung, apa yang aku lihat adalah wajah orang itu yang manis. Aku tak kisahlah perangai macam jantan atau celaka tahap cipan ke apa. Mukadimah aku tengok perempuan itu bertudung sekurang-kurangnya si pemakai tudung itu tahu apa hukum kalau mendedahkan rambut.

Walaupun ada pakai tudung, sebab orang lain bertudung itu lantak dia.

Tapi, kalau ada perempuan itu lalu depan aku;

Bersinglet.
Berseluar pendek.
Nampak lurah-lurah.

Aku tak tahu...benda ini semacam cepat je aku pandang.

Peha perempuan itu ada selulit.
Kaki sebelah kiri ada kudis.
Bahagian dada dia putih, tapi tangan dia hitam. Something wrong.
Ada kesan gigitan nyamuk sebelah belakang bahagian badan.

Benda ini automotik aku tahu, sekali imbas - sebab terdedah aku tahu.

Bila semalam adik aku buka tayang 'Aku Masih Dara', aku ternampak Raja Farah (heroin filem itu) telah mengalami sunburn. Tangan dia agak kehitaman sikit berbanding bahagian badan dia (sebab dia pakai baju tanpa lengan). Secara spontan, aku gelak sambil aku tunjuk kat paparan TV:

"Kau tengok, sunburn dow! Tangan dia hitam, badan dia putih!"

Adik aku punyalah terkejut dengan pemerhatian tajam aku melihat Raja Farah.

"Kau tak benda lain ke nak tengok?" sambil menggeleng kepala.



Konsep dia senang je.

Kalau ada penjual mangga, menjual mangga yang sudah pasti kualitinya. Tapi bungkusannya berlainan. Satu diletak bahagian depan, tanpa balutan suratkhabar. Satu lagi, belakang sikit, tapi dibalut suratkhabar. Jangan lupa, kedua-duanya diyakini kualitinya amat bagus.

Sebagai pembeli mana satu pilihan anda?







"Aku masih dara," - sumpah, lawak giler!

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...