Khamis, Jun 02, 2011

Selamber katak je buka web lucah di pejabat.

Aku tak pernah buka Facebook di pejabat.
Apatah lagi muat turun lagu Awan Nano nyanyian mamat tu.

Semuanya aku buka mesti kaitan dengan projek yang sedang aku buat.

Tengah cuba study pasal minyak pelincir yang paling-paling sesuai untuk alat mekanikal.

Sebab, source aku dapat memang terlalu terhad aku rujuk kepada En. Google. Aku buka, tulisan Jepun - gampang. Menyusahkan. Aku tak tahu apa keyword patut aku taip. Lalu aku taip begini.

Lubrication oil.

Aku press ENTER.

Keluarlah beberapa link-link yang telah dipelawa.

Aku tekan itu, tekan ini. Buka dalam banyak-banyak tetingkap.

Link terakhir aku buka, ada budak panggil. Aku klik tapi tak pandang skrin komputer.













Lepas 5 minit, aku kembali semula ke meja.

LUBRICATION OIL FOR SENSATION.

Ada iklan kondom pelbagai perisa, ada minah tetek besar, ada gambar lelaki dengan spender menunjukkan kepuasan pelanggan barangan dalam web itu.

Nasib baik meja aku tersorok.

Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

Unknown berkata...

sepatutnya keluar gambar Micheal Jackson.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...