Jumaat, Jun 03, 2011

Memang rilek. Memang santai. Memang hiburan.

Aku kalau dengan kawan aku bila pulang dari kelas ketika zaman universiti, bicaranya banyak kaitan dengan sesuatu yang begitu tragis untuk fikiran menelaah. Dari bab Freemason, sehingga soal masalah sosial. Isunya berat tapi tidak realistik. Semuanya hanyalah idea yang dimana boleh melangkaui zaman.

Misalan, WiFi ada dimana-mana.

Bila sekarang, aku dikelilingi orang yang sudah berumah tangga, mempunyai anak kecil dan besar. Bila ada aku aja, memang akan sembang lucah. Banyak dalam keadaan aku terpinga-pinga.

Contohnya, malam Jumaat adalah malam 'melawan'.
Impian kahwin empat macam Salleh Yaakub.

Masa berubah dan akan terus berada didepan. Masa depan akan terus menjadi bualan, tapi tak tahu adakah itu kepastian. Masa depan.

Ada pembaca blog aku teringat kembali salah satu cerita mengenai masa depan - yang aku merujuk kepada 'masa depan'. Ianya adalah cerita yang aku tambahkan sebagai penyeri dalam blog ini, untuk kamu berteka-teki siapa orangnya. Cuma kisah untuk kamu terus membaca blog ini, seumpama menonton drama How I Met Your Mother. Pokoknya, bukan cerita si 'masa depan' tapi aku adalah 'cerita'nya.

Puitis sekali, bukan?

Soalan tadi, "Macam mana dengan masa depan kau?". Rupanya, cerita itu telah menjadi tarikan blog ini. Padahal tiada entri khas bercerita mengenai masa depan. Tapi ada yang masih berminat. Bila aku mahu menjawab soalan itu, aku memang tak ada jawapan. Tiada dan tak ada. Jadi aku jawab, "Entahlah,".



Aku menulis panjang untuk hari ini pun tiada gunanya, kerana pembaca aku pun bukannya ribuan orang. Lagi-lagi, aku nak layan Maharaja Lawak. Lepas ini juga, aku mahu ingin jadi seorang yang serius. Amat serius dalam perhubungan manusia.

Tak tahu lagi, aku sudah bersedia ke fasa kehidupan seterusnya.

Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

Unknown berkata...

kalau melepak dengan orang dah kahwin memang tak dapat lari dari unsur lucah.

beberapa jam lepas, masa tengah makan malam kawan aku yang baru dapat anak minggu lepas, mengeluh,

"aku cemburu sebab anak aku jer dapat hisap susu badan bini aku."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...