Jumaat, Jun 10, 2011

Malam Jumaat, malam untuk tidur lambat.

Mentaliti masyarakat Malaysia terutama beragama Islam yang sudah berkahwin, dan bekerja 5 hari seminggu. Bila petang Khamis je, maka sesiapa yang balik awal dikatakan akan pulang untuk 'bertarung' / 'berlawan'. Hari Khamis juga akan dijadikan alasan untuk pulang awal hari itu. Katanya, sebab ia malam Jumaat.

Dulu aku faham kenapa atuk aku suruh pulang awal ke rumah pada petang Khamis itu, sebab malam itu samada nenek aku atau atuk aku akan bawa ke surau. Untuk baca Yassin, tapi biasanya aku tidur.

Bila aku jadi pelajar sepenuh masa, aku tak hairan pun malam itu hari apa. Cuma bila malam Jumaat itu ada kaki suka buka cerita hantu budak sekolah.

Sekarang, aku manusia biasa yang akan disakat supaya jangan pulang awal, kerana tiada alasan pulang awal untuk 'malam Jumaat'. Tapi memang aku pulang lambat hari ini, bukan sebab kerja.












Aku memang nak hapdet blog sejak entri terakhir aku, hari itu. Tapi aku malas, sebab aku jumpa sesuatu yang aku rasa begitu nostalgia. Memang nostalgik. Dalam seleksi DVD aku, terjumpa permainan Need For Speed Most Wanted. Diulangi, Most Wanted. Wajah depan kereta BMW M3 (kereta idaman) kaler biru dan putih, siap skirt. Bunyi yang keluar dari ekzos memang indah sekali. Rupa dari depan lagilah.

Aku main game ini pada tahun pertama aku. Kiraanya, sudah 5 tahun berlalu. Aku dah habiskan game ini dalam masa sebulan pada episod kehidupan 5 tahun yang lalu. Aku juga dah habiskan sambungan kepada game ini - Need for Speed Carbon dan beberapa lagi seleksi.

Diakui, aku jatuh cinta pada game ini sebab kepuasan nak dapatkan koleksi kereta terutama BMW M3 itu (sekarang sudah dievolusi oleh jurutera German dan kelihatan terlalu syet).

Kalau kau tanya rumet aku ketika aku tahun kedua, ketiga dan keempat, aku simpan model BMW M3, berada di atas rak buku. Berubah kedudukan, kadang-kadang diatas keyboard. Sebelah bantal busuk, boleh jadi berada di tingkap selepas mencucinya menggunakan cecair pengilat LCD komputer.

5 hari yang lepas, balik kerja je aku menghadap Need for Speed Most Wanted. Sebab aku nak dapatkan balik kereta BMW M3 itu.

Malam ini malam Jumaat, malam bertarung yang sering dikatakan afdhal untuk bersenggama.

Aku memang ber'senggama' dengan papan kekunci menekan pedal minyak dan brek.





BMW M3 beb. Kalau ada depan aku, pasti aku belai body dia baik-baik. Tak kasi orang lain pegang.

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...