Ahad, Jun 12, 2011

Jadi cergas selepas jumpa Tony Ja ajar muay Thai.

Bayangkan, tidur hanya 2 jam terus gi opis selama 7 jam. Balik je jalan macam Jackie Chan buat gaya kungfu mabuk. Lepas je Maghrib, aku terus dibuai mimpi.

Ada dozen panggilan dari bos.

Dozen.

Bangun je, aku minum air sirap sejuk. Makan, aku tolak tepi. Layan diari AF, layan Maharaja Lawak Jozan, baca suratkhabar semalam. Jiran aku buat kenduri kahwin anak dia, yang umur 2 tahun lagi muda dari aku. Tak pergi, sebab letih.

Baring kejap. Bangun-bangun je dah ada siaran langsung Kelantan VS Terengganu. Tak ada mood. Aku cari siaran yang bagi aku adrenalin yang berdesup selain cerita hantu pocong. Ada, ada, ada. Ong Bak 2. Filem Thailand, terbang sana, terbang sini. Gajah datang menolong. Lawan gagak terbang. Jatuh dari kuda, lawan orang jahat sekampung. Lawan dari tanah bergerak ke rumah papan tingkat ke empat.

Fuh!

Aku ke dapur sekali lagi.

Aku pegang Maggi kari letup. Tengok jam, "Dah pukul 10, tak leh jadi,"

Sekali lagi, air sirap sejuk. 2 gelas. Lepas itu riuh rumah kejiranan macam baru lepas orgasme sambil jerit, "GOOOOOOOOOOL". Pantas aku ubah ke siaran bola sepak. Dalam hati, "Celaka, sek Kelate menang je. Bagi la Ganu tu!". Mulut aku memang masin, walaupun aku minum sirap tak ada gula.

Terengganu dapat skor sebiji hasil tandukan cantik ke gawang sendiri.

Sambil-sambil itu, aku check siapa menang AF.

Sekarang aku lapar giler. Pergi semula ke peti sejuk, air sirap tak ada gula.

Cek semula mesej, ada satu mesej.

"Selamat malam Ahad. Hehe!"

Baru tersedar, aku sudah membazir masa 6 jam dengan begitu sahaja.

Tak apa. Aku buka blog ini. Sambil minum sirap - tanpa gula.






Kenapa tanpa gula?

Tadi aku keluar cari barang, terlupa nak angkut sepeket gula.

Tak terasa dem ke malam Sabtu kau tanpa gula?


Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

Nadia berkata...

ako igt ko minum sirap tanpa gula sbb nak jaga kesihatan..rupanya bukan...hehehe..~!!^^..

lost.kkabang berkata...

"...yang umur 2 tahun lebih muda daripada aku"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...