Jumaat, Mei 06, 2011

[Siri Selasa 02] Filem Melayu memang tak ada kena langsung dengan RON 97.

Sambungan selepas beberapa jam yang lalu...

Biasalah kan. Sebelum filem ditayangkan ada iklan dan sebagainya (iklan juga). Bila keluar amaran "Jangan merakam bla bla," petanda filem itu baru nak mula. Tapi, keluar muka Farid Kamil, pelakon perempuan berbangsa Melayu, ada Pierre Andre yang tak deserve berlakon dengan perempuan cantik.

Aksi mereka dalam kereta, dalam kegelapan macam dikejar hantu. Lepas itu, ada keluar tajuk filem. Sebabkan ianya berlaku semalam tak ingat tajuknya. Susuk ke, Seram ke, Solek ke, Sorak ke. Yang pasti bermula dengan 'S'. Member aku dah tanya soalan (bukan seorang perempuan, diingatkan sekali lagi), "Kau masuk salah wayang ke? Sembilan ke enam?"

Aku tanya, "Ini sembilan ke enam?"
"Sembilan,"
Aku periksa tiket. "Sembilan. Fast Furious,"

"Betul lah ni!" Aku tunjukkan sambil menyuluh dengan sinaran dari telefon bimbit.

Dalam 10 minit, aku tengok cerita Melayu di wayang!

Aku tengok cerita Melayu di wayang!





Rupanya, pekerja salah pasang cerita. Ulang balik tengok iklan, amaran kerajaan Malaysia dilarang merakam lepas itu baru keluar filem yang aku eksited nak tengok. Filem ini memang bagus - 4.8 bintang aku bagi dari 5.









Masa perjalanan pulang, isyarat "Minyak kete ko dah habis lah ngok!" dah keluar menyala. Aku menyinggah la ke Shell. Terpaksa. Aku peminat tegar Primax 95 Extra. Sebab aku rasa kereta aku boleh memecut macam Formula One kalau aku pakai Primax. Disebabkan Shell adalah stesen minyak terakhir yang boleh aku jumpa sebelum pulang ke rumah, aku layankan aje.

Ketika di kaunter pembayaran, ada pakcik gatal nak beli sebotol oren. Nak bayar oren tapi sempat kenen-kenel nak menggesel kat perempuan di kaunter itu. Diakui memang seorang yang hottie. Pakcik itu memang nak menggatal lama lagi, sebab tengok kelibat aku tercegat di belakang pakcik itu yang sibuk menghitung duit seringgit-seringgit. Aku tak ada nak cepat pun, aku suruh pakcik itu setelkan dulu urusan sebotol air oren.

Siap sapot lagi, pakcik tu menggatal.

Pakcik itu tanya aku, "Tak elokkan gadis manis-manis kerja malam-malam gini."
Aku jawab "Ya, betul tu."

Urusan sebotol oren pakcik itu selesai, aku segera bagitahu "Pam 1" dan hulur RM 20.

Aku beransur ke kereta.

Sistem pam di Petronas, biasanya ada 2 pam je. Samada kaler hitam untuk diesel dan hijau untuk Primax 95. Tak semua Petronas menawarkan RON 97, sebab tahu memang rakyat Malaysia ni semua nak murah je. Tapi di Shell, berlainan sikit. Aku tak ingat warna apa. Ada hijau, merah dan hitam.

Aku ambil hijau.

Buka penutup tangki, tekan-tekan. Aku tak pandang pam apa. Yang aku pandang sudah berapa ringgit disedut ke dalam tangki minyak.

Dah genap RM 20, aku masuk kereta dan pulas kunci.









Perkara luar dari normal berlaku. Sepatutnya RM 20, sudah memenuhi 2 bar (kereta yang aku sedang pakai, satu bar = RM 10). Tapi, kurang sikit. Eh, tak banyak.

Aku pandang ke kiri.

RON 97














Dalam hati aku kata, "Syet"

Malam itu, aku pulang memandu macam pelesit sedikit. Kuasa lebih dari RON 97.

Pagi tadi, aku bawa macam pelesit sekali lagi. Ini sebab aku hampir terlewat ke tempat kerja.

Tengok minyak dah nak ke E sekali lagi.







Nasihat aku, sila jangan pergi ke Shell.

Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

! Sam Posmen ! berkata...

i'm more prefer to shell :)

fauzana berkata...

Primax for life oh yeah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...