Jumaat, Mei 06, 2011

Statement kahwin pertama dari aku.

Kehidupan ini macam hari-hari yang berlalu, tak boleh sangka panas sehingga ke petang. Boleh jadi taufan di kala tengahari dan tsunami menjelang senja. Atau awal pagi dah ada banjir menyusul.

Macam sekarang projek terbaru, untuk budak baru kalau boleh aku nak elakkan. Nak kasi betul-betul mantap baru aku ada keyakinan nak ketuai satu projek. Aku hanya baru sebulan lebih-lebih.






"Ok, Isnin ni ada benda kena buat. Macam gini, macam gitu. Kau lead, OK?"

Aku tertanya kenapa aku?

Seorang lagi bini dia ajak balik kampung. Seorang lagi, dah janji nak hantar sesuatu kepada mak mertua. Seterusnya, semua ada sebab kenapa tidak perlu bekerja pada hari Ahad dan Sabtu. Sebab semuanya berkaitan perihal rumahtangga dan seisi rumah.

Bila giliran aku...aku tak ada sebab langsung. Kalau ada sebab pun, tak kukuh. Hujung minggu ini, pelan aku nak jelajah selatan Selangor. Akhirnya, aku dilantik untuk projek seterusnya.

Dalam bilik mesyuarat, aku tekan pen merah, keluarkan. Tekan pen biru, keluarkan. Pen fleksibel yang boleh keluar pelbagai kaler. Tenung kertas projek. Selak fail tebal lebih 5 inci. Ada drawing, ada kertas nota ringkas.

Aku pandang sebelah, sejawatan dengan aku yang baru kahwin 3 bulan. Aku pandang jam di dinding.

"Dem dem dem (slow). Aku rasa kena kahwin lah."

Satu bilik terpaku pada statement aku.

Dari senyap, terus ketawa berdekah-dekah. Ada yang datang mengurut belakang aku, dan menepuk bahu.









Walaupun yang terpancul di bibir aku pasal kahwin, dalam otak aku tak terlintas wajah perempuan atau figura badan perempuan. Tak keluar pun wajah wali yang bakal mewalikan nikah atau bunga telur. Hanya yang ada wajah-wajah yang bakal memeriksa hasil kerja aku. Mati kutu.

Jiwa kacau.

Kebosanan mencipta kelainan.

3 ulasan:

happycloud berkata...

nak kahwin sebab tak nak lead project ke? kekekeke. aduhaaai

Tanpa Nama berkata...

mengalami situasi yg sama juga...

Linlin berkata...

antara y selalu disebut pesakit psychiatric y aku penah jumpa,

"saya jiwa kacau ni"

jgn adib..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...