Khamis, Mei 05, 2011

[Siri Selasa 01] Filem Melayu memang tak ada kena langsung dengan RON 97.

Semalam memang banyak kisah menarik.

Semalam juga, aku layan macam malam minggu. Lepak minum-minum dengan pekena chapati. Lepas Maghrib, aku tiba-tiba bernafsu nak tengok filem baru pasal kereta, Fast Furious yang kelima tu. Pelan nak gi sebenarnya tak ada, tapi memandangkan melayan karenah member yang tak habis-habis belajar sedang cuti semester. Layan.

Lagipun, kawan yang aku ajak ini (bukan perempuan) adalah kawan yang dah tak pernah jumpa dari tahun 2003. Maksudnya sudah 7 tahun tidak berjumpa. Terima kasih teknologi Facebook, yang menghubungkan kawan aku.

Eksited malam itu ada dua - jumpa kawan lama dan menonton wayang di Malaysia kali pertama setelah tempoh 2 tahun. Tapi bukan filem Melayu juga aku tonton. Mampus, aku tak kisah korang nak cakap aku tak sapot filem tempatan. Cakaplah apa filem Melayu terbaik, Puteri Gunung Ledang - aku tonton di TV setelah beberapa tahun ditayangkan. Filem Hikayat Merong Mahawangsa - aku hampir nak beli cetak rompak di kedai mamak. Filem Hantu Kak Limah Pulang Ke Kampung, nasib baik ada budak beli CD original. Pinjam tengok kat Korea.

Ringkasnya, tiada filem Melayu aku tonton di wayang.

Semalam (sudah berapa kali aku sebut), tengoklah skrin. Filem-filem yang pecah panggung dah habis. Tulisnya FULL. Ada filem Tamil dan filem Hong Kong kot. Kalau layan filem Tamil, baik aku layan kucing belakang rumah.

"Dib, nak tengok cite apa?"
"Hurm," Bila bab memilih ni malas.

"Layan je la. Thor!" Aku buat macam gaya menyeru kapak ajaib. Aksi ini aku hanya paparkan bersama rakan-rakan yang memahami aku. Depan orang lain belum lagi.

Sampai di kaunter, "Selamat petang. Nak tonton filem apa?"

Aku berseloroh. "Kak. Nak tengok Fast Furious la. Tapi dah full plak."
"Dah full erk kat situ? Tak full lagi. Ada seat depan sekali, second row. Nak?"

Aku tengok langit di kaunter, periksa mampukah leher aku mendongak untuk hampir 2 jam seterusnya.

"Bolehlah kak. 2 orang."

Masuk je. Aku duduk tengok iklan. Sebelah aku amoi Cina. Pakaian dia jangan cerita. Sebab niat aku nak tonton wayang bukan sesuatu yang lucah, aku fokuskan leher, mata dan kepala ke skrin wayang. Badan aku jatuhkan sikit. Kalau IMAX, macam tengok bulu hidung Fasha Sandha (kalau dia berlakon).

Aku berborak-borak, sebab memang tak ada orang lagi. Masuk awal. Yang ada amoi Cina sebelah aku yang melantak McD dan kapel di sudut kiri sekali baris H. Rupanya banyak aku tertinggal dalam masa 7 tahun ini, terutama rakan-rakan aku yang pernah makan selipar dengan warden, ketuk ketampi 700 kali sebab lewat solat Maghrib, geng-geng hafazan Mathurat dan pasukan solat jenazah amal islami dulu-dulu. Rindu beb satu kelas 40 orang semua lelaki, kepala semua stok keparatnya.

10 minit berlalu...

[bersambung....]

Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

Anna berkata...

tgk wayang kt msia xbest. akan adeeeee je org seblah yg mengganggu. either busuk or bising. HMMMMM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...