Ahad, Mei 29, 2011

Selagi perempuan itu tak kahwin, selagi itu kau ada peluang.

Lelaki selalu guna alasan ini, kalau dikacau-kacau suruh tekel perempun itu.

"Dia dah berpunya la." Sambil buat suara yang perlahan-lahan.

Ada sesetengah lelaki percaya benda ini, "Selagi dia tak ada ikatan yang sah, kau ada peluang!". Aku memang tak ambil pot, sebab risiko potong jalan ada besar dan kecil.

7 tahun yang lalu, aku ada seorang kawan. Duduk bilik sebelah aku. Rajin, memang rajin. Setiap kali pulang dari kelas suka cerita pasal seorang awek. Atau pun perasaan dia suka tengok perempuan lain. Biasalah, kan. Sehingga dia ada kapel masa di sekolah. Sejak dari itu, dah lambat balik bilik. Pergi merendek kot.

3 tahun yang lepas, aku dapat mesej dari Friendster dari kawan aku ni. Dia kata dia kat Korea, bahagian selatan. Aku macam caya tak caya, lagi-lagi dia kata dah berbulan kat situ. Jadi, dengan bantuan profesor dia aku akan bawa jalan-jalan ke Seoul.

Kali pertama jumpa memang tak percaya, rezeki pertemuan di tempat lain - dulu, selalu jumpa kat bilik sebelah, hari ini jumpa kat negeri orang.

Malam itu, dia kata dia nak jumpa seorang perempuan yakni senior aku.

Bila diorang berjumpa punyalah ramah semacam mengundang pertanyaan dalam benak kepala aku, "Macam mana diorang boleh kenal?"

Aku tahulah cerita bagaimana mereka mula berkenal.

Paling nostalgia malam itu adalah kes salah naik bas dan jalan kaki ke satu tempat, aku tak mahu didetailkan sebab ianya memenatkan kepala aku untuk cerita. Cuma perjalanan nak jumpa perempuan itu sekali lagi.












Aku memang jarang online diwaktu pagi, adalah baiknya aku bersenam. Tapi, memandangkan kelajuan internet boleh menjadi laju diwaktu pagi. Maka aku bukalah. Bahagian Top News, keluar gambar tunang senior aku. Aku malas nak tengok, sebab ianya gambar dan lembab nak keluar.

Tapi dalam satu gambar itu ada satu yang menarik.

Aku bukak juga.

"Hols. Member aku sorang ni!"

Gambar dia duduk sebelah senior aku dalam majlis pertunangan. Rupanya dialah tunang lelaki itu.






Aku ada satu cerita lagi pasal kad kahwin.
Biasalah, budak sekolah cuti, semua dok passing kad kahwin tak pun perkhabaran tunang.

Musim mengawan barangkali.

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...