Khamis, Mei 19, 2011

Petua kewangan jangka masa sulit.

Aku amalkan benda ini sejak aku berjumpa seorang pakcik aku yang begitu kool orangnya. Masa aku jumpa dia, adalah ketika dia berada dibangku sekolah menengah. Ketika ini, dia ajar satu tips yang sampai sekarang aku amalkan.

Tips ini aku nak kembangkan, supaya menyenangkan kehidupan alam sejagat dan mengelakkan situasi gelabah.





Duit kecemasan.

Masa sekolah, aku dinasihatkan pakcik aku supaya menyimpan sekurang-kurangnya RM10 dalam dompet. Bukan diletakkan dikawasan yang terdedah yakni tempat yang biasa letak duit. Tapi diselitkan antara kad-kad Dragon Ball dalam dompet, belakang IC ke, atau diantara lesen-lesen kenderaan. Ini memastikan andaikata kes tak perasan dalam dompet duit tak ada disebabkan aktiviti lupa mencucuk, boleh menampung dalam keadaan masa singkat.

Contohnya, tengah naik motor minyak habis. Cek duit tak da. Seluk-seluk poket sana-sini, pun tak ada. Tapi berbekal memori yang kuat, ada duit dalam celahan - RM10. Boleh isi minyak balik rumah.

Nilai dalam dompet ini bertambah.

Masa aku pula masuk sekolah menengah, aku tambahkan jadi RM20.

Ini kerana aku anggap ada potensi aku balik asrama lambat kalau naik bas. Maka, RM20 ini dapat menampung aku menaiki teksi sapu ataupun teksi berlesen tanpa tambang memecut ke pintu asrama.

Nilai RM 20 aku kekalkan dalam dompet, sehingga umur 18 tahun.

Masa aku di Korea, aku akan letakkan nilai matawang Won, sebanyak 10,000 Won. Nilai itu cukup, andaikata aku tertidur dimana-mana gerabak keretapi bawah tanah dan menyimpang jauh ke pekan-pekan yang aku pun tak pasti namanya. Atau, menaiki bas sehingga penghujung stesen - tempat bas isi minyak yang biasa berada jauh dari metropolitan.

Perangkaan aku, 10,000 Won adalah cukup untuk wang kecemasan.














Tadi, aku berada disituasi yang tak boleh jangka. Dan ianya agak begitu syet.

Aku nak lalu tol. Aku rasa tak sedap hati, lalu aku cek balik ketebalan dompet aku. Tiada.

Lalu, aku cek semula wang kecemasan. Aku dah lama tak kemaskini, kali terakhir adalah pertengahan tahun 2010, dimana waktu itu aku menggunakan wang kecemasan menaiki teksi disebabkan cuaca hujan.

Bila aku cek, ada duit bernilai RM25. Tapi dalam matawang lain, matawang bukan negara ini.


Hols. Aku nak balik cepat hari ini, cepat-cepat aku menyusur keluar dari lebuhraya untuk elakkan tol. Lalu berkata dalam hati, "Adeh, kena lalu jalan jem hari ini,".







Moral, jangan amalkan petua ini kalau belum bersedia.

Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cara y bgs!!! tp ingtan tak boleh terlalu kuat...nnt teringt setiap kali bkk dompet rse nk gne....ingtn perlu hadir pd masa emergency jer...

han eba berkata...

benda ni memang memebantu la. bawak duit lebih selalu ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...