Jumaat, Mei 20, 2011

Kesudahannya, kita semua akan mati.

Aku tak tahu, sejak umur berapa aku mula berjalan.

Aku bermula lambat untuk belajar naik basikal.

Darjah 1, aku baru ada basikal. Pakai roda sebelah, roda dua. Bukan roda tiga. Masih tak boleh kona cecah telinga. Awalnya, aku belajar banyak langgar tong tadahan hujan (dulu rumah bapak aku macam-macam ada depan rumah). Asyik langgar-langgar, akhirnya rim basikal aku bengkok. Makan setahun juga aku bersama rim bengkok.

Motor.

Darjah 5, ramai dah sebaya aku dah boleh cakap begini: "Aku dah boleh bawak motor 5 tiang!"

Kiranya, pada umur 11 tahun, bawa motor adalah suatu yang hebat. Memang hebat. Dah boleh angkut budak paling cun masa sekolah rendah, pergi beli ais kat kedai runcit depan sekolah sempena hari sukan sekolah. Kawasan aku masa itu bukan tumpuan JPJ cari duit lagi pun.

Aku bermula lambat, lambat untuk menaiki motor.

Selama ini, aku menunggang motorsikal dengan kain pelikat tengok EPL atau wayang lalu tepi-tepi lebuhraya tanpa mempunyai lesen.

Aku memang tak ada lesen motor, sehingga sekarang.

Memang aku kumpul duit lepas SPM hasil kerja sambilan dengan niat nak ambil lesen motor. Tapi aku asyik disuruh, "Tak payah ambil lesen motor. Motor bahaya, eksiden banyak."

Akhirnya, aku disapot untuk ambil lesen kereta atas dasar keselamatan diri aku.











Masa aku lalu roundabout, ada sekumpulan orang mengelilingi orang yang telah terbaring di jalan. Aku syaki penunggang motorsikal sebab masih ada helmet di kepala. Terdampar di jalan.

Pesanan aku, naik motor memang menjimatkan minyak lagi-lagi ketika ini kita punya pemerintah tengah simpan duit nak buat pilihanraya, tapi soal kesihatan adalah lebih utama.

Apa-apa pun, kita semua akan mati.

Tak kisah, kau naik motorbot, hoverkraf, helikopter dan sebagainya.

PS: Sadis tengok mangsa kena langgar.

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...