Rabu, Mei 18, 2011

Hujan akan sentiasa merubah perasaan kita.

Aku.

Kalau aku datang pukul 2 petang, 1:45 biasanya aku dah ada di situ. Melainkan berapa alasan. Tapi biasanya aku tak bagitahu alasan itu. Kalau ditanya pun, aku cuba mengelak soalan itu. Lepas itu aku ajukan soalan lain, dengan harapan orang yang tanya kenapa aku lambat tak fokus pada soalan itu.

Dalam tempoh menunggu, aku akan melihat kenalpasti kemungkinan hendak kemana.

Contoh, nak beli air.
Tandas dimana.
Bank dimana.
Surau dimana.
Tong sampah dimana.

Yang penting tandas. Kadang-kadang aku nerbes jumpa orang, tak tipu.
Bank, sebab landmark paling penting kalau sesat.
Surau, kalau orang yang suruh aku tunggu lambat sangat sampai.
Tong sampah, sebab dalam tempoh menunggu aku akan minum air.










Dalam senarai semak yang aku sematkan dalam kepala hotak aku, satu benda aku kena tambah.

Dimana payung aku diletakkan?

Payung adalah elemen penting duduk dinegara hujan tak menentu.







Hari ini aku menunggu seseorang dalam hujan.

Hujan mampu merubah perasaan dari rajin nak bercucuk tanam ke malas dan mahu bergolek diatas katil.

Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

Nadia berkata...

ako nk citer sebenarnya pasal payung..~!!!

kat Mesia nie kalo ko tgglkan payung merata2(mksud ako luar kedai even kat tmpt yg disediakan letak payung) bile ko kuar nnt ko x kan jumpa lg dah payung ko..(berdasarkan pengalaman)..

haishhh rakyat mesia..~!!

so kemana2 ko pegang jer la payung tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...