Rabu, Mei 11, 2011

Menatap langit untuk berbicara bahawa dunia ini tersangat panas.

Kecoh, mat. Kecoh.

Baru sahaja keluar fasa pertama minggu kritikal. Esok adalah fasa kedua. Seterusnya, fasa ketiga dan aku mahu berehat menenangkan minda. Masih mengharap cuaca itu panas sehingga ke petang.

Memang cuaca panas pun sekarang. Tidur dalam posisi terbungkang untuk memastikan aliran udara berada dalam keadaan yang penuh maksimum. Muka, badan dan kawasan lain.

Idea penceritaan dalam blog ini sekarang dah macam cacar-merba. Secara tidak langsung, macam, tiada guidelines yang tetap. Sekejap OK, sekejap tak OK. Apabila menulis blog ini, aku perlu melibatkan penglibatan otak kanan yang begitu kreatif tapi jarang digunakan yang dimana otak kiri aku sentiasa digunakan dalam keadaan maksimum sehingga mengganggu percaturan perut memejal makanan dalam usus.

Tengok, sudah merapu kembali.

Aku rasa perlu untuk mencari pengisian hati, seperti mana aku berniat nak tengok Bob Lokman yang hari itu aku ada cerita. Mungkin sudah terlalu jauh daripada-Nya. Sebab itu dah jadi macam cacar-merba.

Hidup seorang lelaki muda yang penting sekarang bukanlah seorang gadis yang dapat menemani anda dan mampu bertukar status FB daripada Single ke In Relationship.

Tapi - impian.

Aku sekarang bermimpi memakai seluar tiga suku kaler hijau, memakai baju Hawaii kaler oren baring di atas padang hijau seperti padang golf tapi ada payung besar macam yang ada di pasar Tani hujung minggu bertemankan se-jug kopi Nescafe tanpa gula bersama ais.

Nikmat. Tanpa berfikir apa-apa.

Bosan?

Tapi masih menanti entri aku, korang memang seorang yang gedik dengan blog ini.

Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

Linlin berkata...

cacar aku rasa sejenis penyakit.

skrg mmg panas. memang berangan nak duduk tempat sejuk sorang2. kalau tak, makin banyak pulak co2. sebelum keja jd sia2..

. berkata...

yg ini

Bosan?

Tapi masih menanti entri aku, korang memang seorang yang gedik dengan blog ini.


auwww!
tertusuk tepat ke jantung!
ahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...