Rabu, Mei 25, 2011

Memang aku akui, kos perkahwinan meningkat sejajar dengan masa.

Bila aku nak menulis benda ni, aku risau tanggapan orang yang membaca.

Sejak aku balik Malaysia, banyak aku tulis pasal bab-bab kahwin ini - tapi aku merujuk kepada persekitaran pergaulan aku yang bersama dengan orang yang sudah berkahwin. Atas sebab itu, ada orang sudah menyangka aku sudah gatal nak kahwin. Tapi, tidak lagi.

Sebab aku sekarang pun, kalau dikata ajak berkahwin memang boleh. Dari segi kemampuan itu ada - bukan hanya batin bahkan sebaliknya. Tapi, aku menolak pada satu isu yang aku perlu fahami.

Belanja kahwin.

Aku kirakan ianya pada belanja hangus.

Kalau aku tanya macam mana nak buat majlis nanti, memang aku mahukan sesuatu yang ringkas. Ringkas. Sebab aku pernah pergi ke majlis kahwin yang ringkas, lauknya adalah sayur masak lemak, sambal belacan dan ulaman seperti kacang botol. Yang datang memang ramai. Memang meriah. Tuan rumahnya adalah seorang tok imam.

Masalahnya, adalah mentaliti masyarakat kita.

Bila sesuatu dibuat ringkas, akan digambarkan bahawa "Kenapa majlis macam gelojoh je? Ada apa yang tak kena ke?". Kalau majlisnya gah, siap ada pencak silat, ada tarian shuffle bagai, dan kerusi sanding gila menawan - anggapannya, sudah lain. Tak ringkas, maksudnya adalah biasa.

Khemah kena tujuh, kos khemah yang ada kipas (sekarang kalau tak kipas memang tahu orang itu nak jaga bajet) dah berapa?

Ole-ole untuk tetamu pulang, sekurang-kurangnya satu set cupcakes, atau sekeping kek. Berapa kosnya?

Lagi dan lagi, perbelanjaan yang perlu diteliti.

Kad kahwin, kena suatu yang menarik.

Aku dulu ingat, kertas A4 yang difotostat beratus kali dan dilipat empat. Sekarang dah ada kena turun Indonesia nak buat kad, wangi lagi. Pakai kertas keras. Satu kad, kos dah berapa?

Jemput, DJ dan set karoeke lagi.










Lagi satu, fikiran orang tua-tua kita. Kahwin itu sekali, maka buatlah yang paling meriah sekali.

Dulu, kahwin je dah boleh waris tanah mak bapak mertua, tak pun ladang kopi belakang rumah. Cikai pun, lembu sepasang, leh beranak leh kembangkan bisnes jual lembu untuk akikah.

Sekarang?

4 minggu lepas aku pergi keluarga rapat sebelah mak aku, cakap Jawa sumpah pekat. Lauknya?

Telur goreng, sambal sotong ada timun potong-potong.

Dessertnya, roti jala dan kari.







Sebab itu aku rasa aku kena cari orang Jawa juga.

Member aku cakap ada satu cara kau nak kahwin murah.

Gi hotel dan suruh pegawai JAIS datang bilik tu. Bayar RM 1000 je, dah leh setel.

Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

happycloud berkata...

pegi hotel bayar seribu? ini mentaliti orang yg nak bajet murah tapi hukumnya? hmmmm

Nadia berkata...

Sumpah lauk kenduri org jawa mmg sempoi n sedap giler..~!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...