Khamis, Mei 26, 2011

Nilai estetika diri.

Aku ingin menulis umpama aku seorang aritokrasi yang bijak lampau.

Seorang yang kelihatan serabai, memakai kasut koyak, menaiki kenderaan tempatan bukan Honda Civic V-Tec dan ada gula-gula Fisherman's Friend di kocek sebelah kanan.

Tapi, bila dikaji selidik rupanya seorang yang hebat dalam liga tersendiri. Orang lain yang hendak mengikut pun fikir dua kali, adakah dia seorang yang betul?















Sebenarnya, aku dah jadi seorang yang dah tak endah dengan burung gagak yang suka berak atas kereta orang lain. Atau, dengan kata lain - aku dah kurang rasa ingin bertimbang rasa dengan perasaan orang lain. Mungkin sudah jelik untuk menghulur tangan pertolongan. Susu dibalas tuba.

Rasa aku perlu jadi seorang singa, mengikut hukum rimba.
Bertarung untuk nilai survival.
Mengencing di pokok-pokok sebagai tanda pada 'haiwan' lain yang tempat itu sudah dimiliki.

By the way, apa yang aku tulis ini semuanya berkaitan dengan sebuah drama.

















Berbalik semula, impian untuk menjadi seorang yang genius.

Aku ingin mengembalikan keseksian gaya pemikiran aku yang serba rilek.

Ya, pemikiran yang seksi dalam wacananya tersendiri tanpa acuan politik yang tak stabil.


Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...