Khamis, Mei 12, 2011

Bila harapan meninggi gunung, gila dengan soalan OK, KO.

Gila, gila, gila.

Aku jalan dalam keadaan OK je bila masuk ofis. Agak-agak bosan, aku keluar dari ofis, pergi ke gelanggang mainan bertemankan allen key dan mata aku. Boleh pening kepala tengok pergerakan besi turun ke bawah, kanan dan ke kiri. Aku naik ofis balik.

Muka aku memang toya. Muka macam kena tampar nyamuk.

"Hai Adib!"
"Ha!"
"Kau OK ke tak ni?"
"OK je. Apa pasal?"
"Betul OK?"
"Ya, OK."
"Ada orang cari kau tadi, nak sampai kan je."

Bila khabar pun macam nak tak nak bagi tahu. Malas nak layan.

"Kau OK tak Dib?"
"OK je. Apa pasal orang tanya aku OK ke tak ni?"
"Nak tanya tu je. Kau ada buat hal ke?"
"Buat hal apa?"

Setakat ni aku belum bertekak dengan sesiapa. Paling sengkek pun, senyum kambing.

"Adib. Ada telefon."

Aku jawab telefon.

"Adib, kamu OK ke?"









Kau tak rasa soalan itu begitu dah jadi annoying ke?

Tadi baru aku tahu sesuatu. Patutlah ramai tanya aku OK ke tak. 

Kalau aku jawab tak OK pun, macam gaji aku akan dinaik je. Cit.

Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

Lee Shauran berkata...

workaholic ka skng? hahaha. w

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...