Jumaat, April 22, 2011

Usha-usha gadis dalam restoran makanan.

Ini cerita keadaan sekumpulan lelaki, 4 orang tengah minum-minum bersembang...

Ada seorang lelaki dengan kool-nya, "Cuba kau usha pukul 3. Lawa dow!"
Baki kumpulan 3 orang terus mencari-cari dan tenung.




Aku tak setuju bila bab usha-usha ini, terus mencari dan tenung bila ada seorang bagi alert seorang perempuan cantik lalu. Sebab aku ada cara nak lihat.

Macam tadi, masa makan tengahari aku dan 2 orang lelaki duduk bersama. Sebelah meja lalu 8 orang duduk. Kawan aku tanya, "Cuba kau usha, dalam banyak-banyak tu yang mana paling lawa?"

Stail aku memang tak terus cari.

Cara aku buat-buat minum air. Sambil nak lihat sekali lagi...

"Tudung oren itu paling lawa. Cuba tengok, comel."

Kawan aku terus cari. "Betul lah!"










Sebenarnya, aku usha masa kelibat kumpulan perempuan itu mencari meja.

Ini bukan pasal hebat ke tak hebat. Memang tabiat aku cuba peka terhadap manusia keluar dan masuk sesuatu tempat. Kepekaan itu lagi tajam bila perempuan masuk.

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...