Khamis, April 21, 2011

Tak perlu deklarasi atau canangan wang orang lain.

Pernah terfikir kenapa ada shredder machine berhampiran auto-teller-machine (ATM)?

Atau...

Tong sampah kecil sebelum meninggalkan bank?

Lihat juga...

Slip gaji bapak kita atau sesiapa. Ianya kertas penuh ditutup dan dicetak dari luar.






Semua ini untuk mengelakkan penyata kewangan ini dibaca oleh sesiapa. Aku tak tahu pandangan orang lain. Benda yang aku tahu masa aku ambil Prinsip Perakaunan, penyata kewangan ini boleh menceritakan sikap rasa hormat terhadap diri sendiri, keluarga, kestabilan emosi dan kebijaksanaan serta disiplin tinggi dalam kawalan diri.

Aku ada satu perangai, dan pernah disoalkan oleh kawan aku.

Aku mengoyakkan resit kertas ATM selepas mengeluarkan duit.

Untuk keselamatan diri aku.




Penyata kewangan aku tertinggal di kerusi. Akibatnya, seorang pakcik menanyakan "Uiks, hang keje apa?"

Nasib baik aku tak diekori sampai ke rumah.

Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

itafukada berkata...

betul.penyata kewangan adalah sulit kecuali kepada penama itu sendiri.kalo org lain nampak boleh timbulkan implikasi lain. satu, kalo duit riban2 juta2, perompak follow. secondly, kalo duit ciput lak, boleh timbulkan aib "ek eleh..tinggal suploh hengget je? tutup akaun je la bro" haha..

aku pun koyakkan resit kalo resit kua. (sbb kedua la kot.=p) takpun takyah pilih kua resit. skrg atm sume camtu. jimat2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...