Sabtu, April 16, 2011

Bukan seorang yang Worker yang minum Horlicks.

Workaholic.

Ini minggu aku bekerja secara berterusan - 7 hari seminggu. Tiada separuh hari mahupun suku.

Sebenarnya, orang macam aku tak digalakkan untuk bekerja hujung minggu. Alasannya, bayaran mahal untuk sejam bekerja. Aku pun tak nak kerja hujung minggu. Nanti aku ditanya apa aku buat. Menghabiskan duit kompeni tapi tak buat kerja kang, susah wo!

Semua orang tahu, aku tak berkahwin dan orang yang sejawat dengan aku semua sudah memiliki isi rumah. Jadi bila stok kerja bertimbun, orang dicari adalah - kemungkinan besar aku.

"Kamu, datang Sabtu ini."
"Ahad free kan? Datangnya."

Aku jawapan senang je. "Baik boss!".








Sekarang aku rasa, menjadi satu liabiliti untuk memegang status bujang.

Petang Sabtu macam gini, sepatutnya aku berbasikal menjelajah jalan kampung. Bukan menderu pecut di lebuhraya nak tidur.

PS: Membanting tulang ikan ke dalam pinggan kosong. Kecepuk, kecepak.

Kebosanan mencipta kelainan.

4 ulasan:

jijie berkata...

situasi sama dirasai. aduhai. part paling best, bila time claim OT, terasa serba salah sebab takde bukti menyatakan kenapa kena OT.

Lee Shauran berkata...

ko kerja mana dib? klang?

Nadia berkata...

wahhhhseeeyyyyy...masyukkkkk..~!!

nil berkata...

bayang keja 7 hari seminggu sampai tua. dan bujang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...