Sabtu, April 23, 2011

Cabaran pecah kepala : Gadis tol.

Awal-awal dulu rajin baik je gi tolak pagi-pagi, lalu jalan tipikal aku sendiri.

Tapi...memandangkan kewujudan tol yang baru dan mampu untuk bayar malah selesa, tiada orang sangat (tak ramai) juga memang dapat mengurangkan 10 minit perjalanan. Untuk jalan alternatif ini, aku boleh hirup teh secawan dan roti bakar satu.

Unik untuk tol ini, kebanyakannya penjaga tol yang selalu menghulurkan duit - adalah perempuan. Selepas 2 minggu aku lalu tol ini, puratanya 80 peratus keatas adalah perempuan. Aku tak pandang pun muka orang yang menghulur tangan meminta 60 sen. Boleh tahu papan nama tepi booth.

Aku terfikir, andaikata nak dapatkan nombor telefon penjaga tol perempuan (secara rawak), macam mana?





Cabaran ini aku telah lontarkan kepada lelaki berumur 38 tahun. Ideanya adalah masa hulur duit, terus hulur nombor telefon sendiri dan berdoa akan dapat panggilan. Tapi setiap kali lalu masuk ke tol, belum tahu penjaganya berjantina apa.

Ada idea lain?

Sekadar suka-suka hujung minggu. Kalau ianya realistik, aku nak aplikasikan.

Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

Nadia berkata...

ko penah tgk cite toll gate girl(amy mastura berlakon gile lawak cite nie)..???bleh wat cth...

ako rase lebih baik pihak lelaki yg mtk cara baik kt awek tol tu..hehehe...

Linlin berkata...

susahnya soalan. pilih tol ikut tangan. yang mana nampak dari jauh macam tangan perempuan, masuk la situ. dan seterusnya.

haha. hampeh btol cadangan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...