Ahad, April 03, 2011

Maturiti sukar untuk di-takat-kan.

Bila kau lihat seorang lelaki lalu depan kau:

Fizikalnya, perut buncit. Jam tangan besi. Seluar slack. Misai tebal.

Adakahnya ianya cukup mature?

Dehek. Tapi itu keadaan yang berlaku apabila cuba memasuki fasa kehidupan seterusnya disini. Nak tak nak, kita akan berjumpa keadaan itu. Setiap hari, aku cuba disogokkan dengan idea yang muncul dari kelas pertengahan masayarakat - bagaimana hendak menjadi kaya dan memenuhi impian menggunung macam celaka.

Rumah besar ada kolam renang, kereta yang ada bintang tiga dan goyang kaki bila memasuki umur 40.

Maka pelbagai skim dan jalan yang ada.

Secara telusnya, aku kurang gemar dengan ideologi mereka. Walaupun aku masih mentah hendak memahami kehendak manusia sekeliling, memang lumrah aku tak gemar langsung dengan manusia yang berdekah-dekah, pum pang pum pang siang malam tentang kekayaan yang ada. Bila aku tanya, "Macam mana aku nak kaya macam kau?" Tak nak pula hendak dibagi tahu.

Benda ini memang tepat apa yang aku pelajari dahulu dari seorang taukey Cina - orang betul-betul kaya akan ajar bagaimana hendak jadi kaya. Yang sibuk dok cerita kekayaan Mercedes mata belalang itu adalah orang yang tentu belum kaya. Silap-silap kena tarik hujung bulan sebab tak mampu selesaikan hutang mereka.

Sekarang, aku asyik sembang benda serius je kan?

Aku baru nak cerita pasal kucing belakang rumah yang meminta nasi. Kucing itu agak istimewa sedikit. Selalunya, kucing lain kalau bagi nasi terus je ngap. Tapi kucing itu datang dulu mengelilingi pinggan.

Kucing itu tenung pinggan nasi yang ada sekecil gumpalan ayam. Pusing mengelilingi pinggan. Lepas itu dia yiaw-yiaw macam minta izin nak makan. Cakaplah, "Meow, meow, makan-makan,". Terus kucing itu makan!

Sumpah agak terperanjat.

Aku rasa kucing ini pernah ber-tuan. Dia tahu kena minta izin makan dulu dari tuan dia, barangkali.

Aku suka kucing itu, kalau aku buat-buat gedik goreng nuget dengan bunyi yiaw-yiaw belakang dapur, kucing itu menyambut. Macam faham-faham je. Sekurang-kurangnya tak adalah kesunyian duduk dapur malam-malam.




PS: Kali pertama tengok AF secara live. Gedik semacam semua orang.

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...