Isnin, April 04, 2011

Hari yang tak terlintas semasa jadi pelajar sepenuh masa.

Kita sebenarnya cuba adaptasi pada sesuatu secara normal. Macam kehidupan normal manusia yang sempurna. Ada tangan, kaki dan mata. Hidung pesek, telinga capang dan mata juling itu satu anugerah juga. Mulanya kita duduk, baru merangkak, kemudian tatih 2 ke 3 langkah. Esok berlari.

Itu rungkaian kehidupan 28 hari yang lalu. Tiada pencemaran radioaktif (sila Google: 28 Days Later).

Aku banyak lost dalam perbualan orang.

Macam hari ini.

Aku biasa, akan memesan roti canai kosong. Sebagai penghilang lapar selepas seharian. Dan akan dikelilingi oleh pelbagai lapisan orang, biasanya manusia dari tempat yang sama bekerja.

"Oit, hujung bulan ni kau gi mana?"
"Aku gi Cherating,"
"Gi pantai ha,"
"Dah lama aku tak jenguk pantai,"
"Aku gi air terjun je,"
"Bagus la tu, redup-redup."
"Kau?"
"Balik JB jap. Bini ajak balik."
"Balik kampung?"
"A'ah. Lama tak balik."

Aku tengah kunyah-kunyah roti, tak tercapai akal - apa yang berlaku pada hujung bulan ini. Sehingga 90 peratus perbualan adalah mengenai percutian hujung bulan ini. Aku diam je. Terlintas juga, samada adakah ianya hari keputeraan baginda. Atau, Thaipusam? - Mustahil.

Masa nak balik itu, aku tanya - "Mat, hujung bulan ni cuti apa?"

"Cuti hari pekerja, 1 Mei."

Aku mengangguk. Dalam hati mengangguk, "Betul gak!"

Apa plan aku? Memandangkan ianya 'hari pekerja' yang pertama.







Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

Linlin berkata...

balik kampung. dengar org bincang hal kahwin.

kiki berkata...

slamat bercuti bro...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...