Selasa, Mac 29, 2011

Kita tak tahu mana satu betul: Keris, Bulan Gerhana, Dacing atau Roket.

Aku terlibat dengan orang-orang yang lebih dewasa. Manusia-manusia yang dah berapa kali menunaikan tanggungjawab membuang undi. Mereka tak akan mengisytiharkan kemana undi mereka.

Pembelian akhbar.

Aku ada satu perkara yang aku perasan - aku sudah tak akan membeli akhbar.

Betul. Sudah 4 minggu aku tak pernah beli surat khabar. Baca pun 2-3 hari sekali, bergantung kekerapan bapak aku sendiri membawa akhbar ke rumah. Selebihnya, informasi aku datangnya dari TV (bukan Buletin Utama) dan internet (bukan tabloid Utusan Malaysia).

Satu fenomena aku perasan pada golongan masyarakat adalah sukar untuk memilih pemimpin - sebab ianya telah menjadi isu kelabu (grey issue). Sukar hendak membulatkan itu adalah betul, dan ini adalah salah. Macam membeli keropok udang dari kedai apek Cina hujung jalan - was was dengan status halalnya.

Semua parti politik ada positif dan negatifnya.

Lalu memajmukkan rakyat Malaysia dan isi keluarga.

Mak bapak aku suka tengok bulan, katanya.
Atuk sebelah bapa aku, menghunus keris setiap malam.
Atuk sebelah mak aku pula, kerja menimbang gula dengan penimbang lama.
Pakcik aku pendekar dengan keris kontot.
Ada pula, pakcik aku suka dengan senjata sabit dua yang kelihatan seperti mata.
Tapi semuanya tak ada niat nak naik roket dalam masa terdekat.

Hebatkan?

Kalau tanya aku...

Maaf. Tiada jawapan. Aku belum mendaftar lagi sebagai pemilih.










PS: Satu undi tak mampu mengubah dunia.

Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

MATAHARI berkata...

keh keh keh, tapi 1 markah di antara lulus dan gagal tu padu gak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...