Jumaat, April 15, 2011

40 hari aku menunggu jawapan ini di lampu isyarat.

Hidup orang bekerja, nak tak nak kena akui - akan melalui jalan yang sama, waktu bermula yang hampir sama, berjumpa orang yang sama-sama dan tidur pada kala yang hampir sama. Oleh itu, aku sudah masuk dalam karma kebosanan. Rutin harian yang lebih kurang sama.

Penghayatan dan pengisian mungkin sedikit berbeza.

Setiap hari, aku akan dengar dari deejay yang sama. Buat prank call, dan sesi yang aku tunggu adalah soalan pecah kepala pagi-pagi di Fly.fm. Sejak aku mula bekerja, sehingga sekarang hampir 40 hari aku fikir soalan yang sama.

Soalan ini akan muncul dikala aku lalu simpang masuk ke jalan ke INTEC Uitm di lampu isyarat, sebelum masuk ra-un-er-bot (aku lupa eja jalan-jalan pusing-pusing ni macam mana). Bila aku berhenti disitu dalam keadaan lampu merah, soalan ini akan muncul. Sekitar 7 pagi.

Suara deejay, "Hey. This is FLY Fm Pagi Show. Wake up your brain!!!"


Soalannya...

"60 percent of people in the world have the same daily habit."









Hari ini, aku datang awal sebab semangat hari Jumaat. Soalan ini muncul setelah aku memakirkan kereta di tempat kereta sendiri. Aku matikan enjin dan tidak menutup radio...

Soalan ini akhirnya dah keluar dari benak fikiran aku.

Memang bertuah perempuan yang jawab soalan itu. Soalan itu bernilai lebih dari RM 8000.

Jawapannya membuatkan aku tengok dompet aku, dan menyelak-nyelak not RM 50.

"Holy, betul dow!"



PS: Rupanya soalan ini telah bermula dari bulan Disember, khabarnya.

Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

abe ulsan berkata...

rindu korang woo..
minggu exam ni...
selmat bekerja adib..

minah berkata...

apa jawapannya?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...