Ahad, Mac 27, 2011

Nelydia Senrose.

Teknologi itu menyenangkan orang, begitu juga dalam pembuatan kereta. Kereta perlu dibina dalam masa yang singkat untuk memenuhi keperluan orang ramai. Itu kenapa kereta lama harga maintenance-nya terlalu tinggi walaupun kerosakannya terlalu minima.

Terlalu himpres (impress).

Tengok pasukan Harimau Malaya bermain memang berbeza dari zaman ada penyerang macam Azman Adnan. Sekarang tengok, tak adalah sakit hati, bengkak perut menjerit ketidak-puashatian ke apa. Sekarang, OK. Terlalu OK. Cuma perlukan pengalaman. Harap-harap nanti akan masuk Piala Dunia.

Disebabkan rasa ada perubahan yang baik di Malaysia, aku cubalah berjinak dengan drama melayu - Cerekarama di TV3. Ada pelakun perempuan bertudung. Memang dah nak lencong ke slot aksi, The Peacemaker. Disebabkan trailer komersial 2 minit menunjukkan wajah perempuan bertudung itu, aku terpacak seorang diri depan kaca TV.

Tajuknya, Khalifah.

Kalau aku ikutkan deskripsi Astro begini.

"Kisah seorang playboy yang bertemu seorang perempuan yang menyelamatkannya dari kemalangan jalan raya."

Dah cerita cerekarama, maka faham-fahamlah boleh diagak. Playboy itu eksiden. Perempuan nama Siti bawa dia ke hospital, jaga dia seminggu. Mula-mula, tengok je. Lepas itu jatuh ke hati. Biasalah kan. Siti ni baik orangnya, bimbing lelaki ini ke jalan yang benar. Dating pun siap pergi surau, rumah anak yatim bagai.

Playboy. Tetiba plak datang perempuan lain, ada anak dan claim itu anak dia dan playboy itu. Tung tang tung tang. Mereka tak dapat bersama sebab terlalu beban untuk Siti nak terima semua ini. Mereka sebelum clash itu berjanji suruh jaga agama masing-masing.

Part itu memang sedih, cuma aku ketawa bila dia sebut satu ayat yang sungguh skema. Kalau aku tengok cerita sedih Melayu begini dengan nenek aku, lepas itu aku gelak kuat-kuat memang kena tibai dengan bantal.

Tanniah, kerana mampu tidak menganjakkan aku menonton Cerekarama dari awal sampai habis.












Ceritanya biasa ja (bagi aku), adalah pengajaran sikit.

Aku rasa modal dia bagi sedap nak tengok cerita ini adalah....Nelydia Senrose yang memakai tudung.

Oh.

PS: Digelar kaki condemn cerita Melayu.



Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

. berkata...

aku x kenal ohh artis tu
baru tadi google

jumari jipan berkata...

cantik jugak Nelydia Senrose niii..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...