Jumaat, Mac 25, 2011

Anak itu adalah harta.

Dalam seminggu ini, aku banyak didedahkan atau dipelawa bersembang mengenai hal serius - contohnya, anak. Setiap hari aku bekerja 8 jam dan lebih-lebih (bergantung pada mood nak kehendak). Dalam tempoh itu, 90 peratus orang yang berada dikeliling aku adalah sudah berkahwin dan mempunyai anak.

Anak mereka ada yang dekat dengan umur aku, atau ada juga yang sebaya. Umpama setiap hari, macam bercakap dengan bapa aku.

# Kisah bandar dan Felda.

Ketika pada tahun 1980-an, ibu bapa kalau sudah mempunyai anak belasan tahun mereka risau nak melepaskan ke bandar. Dahulunya, kalau nak cari kerja kena lah merantau ke Kuala Lumpur. (sila rujuk kebanyakan drama Melayu). Trend ini sampai sekarang masih ada. Cuma skop ini sudah berubah. Tak semua orang hendak bekerja di Kuala Lumpur itu sendiri atas faktor sesak dan kos hidup. Skopnya sudah menjadi Lembah Klang.

Ketika itu, masalah penagihan dadah atau dikenali gelaja ke-barat-an berlaku di bandar. Lagi-lagi penularan rock-kapak. Bila pulang ke kampung, dengan memakai jeans koyak di lutut telah memberi imej kepada ibu bapa di kampung - bandar telah merosakkan anak mereka. Dulu memang kalau boleh suruh je belia duduk kampung ternak lembu atau menoreh getah. Terjamin dari main dadah.

Tapi itu dulu.

Sekarang, kalau lihat pada carian Google, misalnya cerita lucah akan berbunyi begini - 'Seks kat ladang kelapa sawit', 'Kolom di ladang getah', tak pun 'Budak sekolah romen belakang kebun' dan macam-macam yang mempunyai bendahara kata alam sekitar - kebun, ladang, pokok. Macam pengamatan kawan aku, belia di Felda semakin teruk.

Jadi, berpendapat kitaran ini sudah lain.

#. Sekolah agama vs sekolah biasa.

Latar belakang aku, ada sedikit dari sekolah agama. Mengakui adalah hasil gagal (sila guna tafsiran sendiri). Aku ditanya, kenapa aku keluar dari sekolah agama dan masuk ke MRSM. Kenapa?

Zaman aku, walaupun 10 tahun lalu...sekolah agama bukan satu 'kegilaan' ibu bapa. Dulu lebih kepada sekolah berasrama penuh. Kiraan aku pada awal tahun millenium (baru tingkatan 1 sekolah agama), dari tempat aku ini memang jauh nak menapak ke sekolah. Bas tak masuk, dari beratus-ratus keluarga disini ada 3 orang ke yang sama sekolah dengan aku - yang sebaya tiada. Setiap tahun akan ada seorang wakil masuk ke sekolah agama yang dulu aku sekolah.

Sekarang trend sudah berubah.

Ibubapa sekarang berlumba-lumba nak masukkan anak ke sekolah agama. Tak kisah la kabel besar atau kecil. Pintu belakang atau pintu depan. Setiap pagi ada je bas ulang-alik. Bila tahu anak si polan si polan itu, sekolah menengah di hujung jalan - macam ada kekurangan dilihat pada anaknya. Benda ini kelihatan racist secara tak sengaja. Itu hakikat dari pengamatan aku.

Tapi aku masih memikirkan apa-apa pun, belajar hendak belajar datangnya dari minat.

Sekolah yang dulu aku bersekolah yang bukan menjadi trend ibu bapa untuk menghantar anak, telah dapat keputusan SPM yang bagus. Kesimpulannya, ramai sudah membuka mata betapa ilmu agama itu lebih penting. Dulu aku masuk pun bukan dengan kelayakan Mumtaz.

#. Pahala bersambungan.

Tazkirah Jumaat tadi ada kaitan dengan konsep harta dan anak. Semua ini dikaitkan dengan situasi semasa, semalam berlakunya gempa bumi di Myanmar. Tanah runtuh di beberapa lokasi di Malaysia dan bunuh diri - cuma tak libatkan skandal video seks yang dirancang oleh individu tertentu.

Salah satu pelaburan menguntungkan selain ASB, Takaful atau pebender lagi yang aku asyik ditawarkan, adalah anak. Tapi pelaburan membuat anak ini, bukan seperti melepaskan batuk di tangga. Buat anak, lepas itu suapkan susu dan kasi besar baiknya.

Bukan begitu.

Ini kiraan untuk pemahaman:

Hari ini kita didik anak kita, yang diri kita cetek ilmu pengetahuan - 20% saja tahu ilmu agama. Dengan usaha dari kita sendiri, kita gandakan peratus ilmu agama anak kita - jadi 50%. Sudah ada keuntungan disitu - 30%. Itu untuk bekalan akhirat.

Generasi dan keluarga yang baik melahirkan generasi satu lagi yang baik - usaha yang berterusan. Anak kita tadi itu, mempunyai anak yakni cucu. Anak kita mendidik cucu itu pula - tambah lagi kepada 70%. Dari anak tadi kepada cucu tadi telah menjadi - 50%.

Begitulah pengiraan seterusnya. Boleh jadi dalam skala menurun - itu bergantung kepada usaha berkekalan dalam penyampaian ilmu.










Aku terasa nak sentuh isu ini, kerana satu hari nanti mungkin akan jadi seorang bapa. Walaupun masih 24, orang sekeliling aku telah menyarankan aku menyentuh isu ini. Hari ini cabaran mendidik anak adalah suatu yang sukar, itu akan terkena juga pada aku.

PS: Gembira giler jumpa ikan keli dan sambal belacan!

Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

Nadia berkata...

ako rase bukan kaum lelaki jer pikir pasal anak nie kaum pompuan pon ade pikir jugak....

5 tahun akan dtg..cabaran utk mendidik anak lagi la tersgt mencabar dr skang..~!!

Boleh ke mengadaptkan cara ibubapa kita didik kita ke anak kita nnt..~??(soklan nie slalu ada dlm otak ako)..

. berkata...

aku dah salah didik anak aku
T_T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...