Isnin, Februari 07, 2011

Senyum sahaja, bila masalah berlalu.

Idea kesempurnaan.


Nak rumah besar, lawa, ada kolam renang dan bibik Indon yang serba pandai memasak - dengan syarat rumah itu murah. TIADA.

Nak kereta besar, sedut minyak sikit, bayar bulan-bulan murah, boleh pecut 200KM/H. TIADA.

Aku katakan kau cerewet (dalam hati), kalau kau berminat sebegitu.

HappyHari graduasi semakin hampir. Aku tak rasa aku akan berdebar-debar gila, gosok baju ke, kilatkan kasut ke atau apa je. Dalam imiginasi aku, aku akan mengenakan jeans hitam yang selalu aku pakai ke kedai roti.

Memakai sneakers koyak berwarna coklat, dan memakai kot 2 butang. Aku mungkin tak naik pentas untuk ambil sijil aku, hanya duduk dibawah. Bunga tiada, sebab aku dah dapat bunga 3 bulan yang lepas - sebab mereka tak dapat datang.


Itu situasi graduasi disini.

Bukan macam kebanyakan kawan aku - majlis memakan masa hampir seminggu. Aku hanya memerlukan beberapa jam sahaja, minima sejam: ucapan pembukaan, anugerah dekan, ambil dan pulangkan jubah serta topi, pergi tuntut album dan sijil. Simple.

Ini bukan kali pertama aku menghadiri majlis graduasi. Sudah kali ketiga, tolak yang ketika waktu sekolah menengah. Ada orang bertanya, "Apa perasaan kau nak grad ni?". Aku tak rasa apa-apa, cuma rasa sedikit gelabah bagaimana orang macam aku masuk alam pekerjaan.

Mengenai peluang pekerjaan...hurm.




Tengok sahaja seminggu lagi. Menunggu dengan sabar.

Kebosanan mencipta kelainan.

5 ulasan:

Linlin berkata...

bila dh nk grad memang seronok, cuma y tak seronoknya fikir nak keja kat mana pulak lps ni.

tp, tahniah sbb habis belajar. ambik masa gembira lps tu fikir y lain pulak.

Nadia berkata...

hmmmm congratz dah abes blaja..^^..n welkam to donia pekerjaan yg mencabar...

daLYaLaMHa berkata...

congraduation! :))
psl kerja, jgn choosy sgt. rembat apa yg dapat!

All d best! :)

. berkata...

slmt bergraduasi!
huehuehue

DandelinoiD berkata...

TQ semua!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...