Sabtu, Februari 05, 2011

Hadiah perkahwinan orang lain.

Kecil-kecil aku, bila mak bapak aku suruh pergi majlis perkahwinan orang, aku pergi je la. Pergi pun, dapat telur rebus. Boleh makan dengan kicap baliknya nanti. Tak pun dapat ciuman dari pengantin perempuan, sambil pengantin itu kata: "Comelnya budak ni!!". Lepas itu, adalah gambar aku dengan pengantin.

Kecil aku memang comel. Terimalah fakta itu.


Nami Island [01]

Bila masuk akil baligh ni, sebab dah tahu majlis perkahwinan ini semuanya akan tertumpu pada pengantin, aku datang masa pengantin ada, makan lepas itu balik. Kadang-kadang, aku datang sebab nak tunjuk muka, sebagai anak orang yang dijemput. Aku anggap suatu yang bosan pergi majlis perkahwinan.

Kalau ada orang sebaya dengan aku yang sekepala baru aku duduk lama sikit dalam majlis perkahwinan orang itu. Majlis perkahwinan saudara-mara aku, aku tak ada lah buat macam itu. Sebab dah awal-awal mintak tolong suruh jaga bahagian air ke, duduk menyental kuali ke apa ke.

Zaman itu berlalu...

Sekarang aku bakal lihat, kawan aku, adik aku, adik saudara aku, classmate aku atau sesiapa yang aku jumpa dari umur belasan tahun akan melangsungkan perkahwinan. Sudah tiba masanya, aku perlu fikir suatu benda yang dianggap gurauan - "Kau nak bagi hadiah apa bila aku kahwin nanti?". Soalan itu perlu serius ditangani bila kawan yang bakal kahwin adalah manusia penting dalam hidup kau.

Apa korang bagi kepada kawan-kawan yang nak kahwin sebagai hadiah perkahwinan?









Kalau aku ditakdirkan kahwin esok pagi, aku nak coffee maker, microwave dan berus gigi elektronik yang bunyi ngeng-ngeng itu. Saat ini 3 benda ini penting. Saat ini, besok lain la.

Kebosanan mencipta kelainan.

7 ulasan:

nil berkata...

best apa g kenduri kawen. jumpa ramai orang.

hadiah kawen.. bagi lah apa yang rasa nak bagi, sesuai dgn org tu.

MATAHARI berkata...

aku nak bagi cermin.

Niz berkata...

haha bagus betul kalo semua bakal pengantin macam ko ni. Siap rekues lagi minta apa. Tak malu betul!
errr maksud aku baguslah! menyenangkan kwn2. HAHA



P/s; aku bagi....baju baby lah. signal supaya cepat2 dpt anak! huehuehue

NHAF berkata...

Ini baru betul dengan tagline 'kebosanan mencipta kelainan'

XD

Agak lain feel entry kali ini dgn momento2 sblm2 ni.

DandelinoiD berkata...

nil: sekarang aku rasa best semula. dulu tak.

matahari: kenapa cermin?

niz: awal sangat nak anak.

nhaf: kan? aku cuba mengikut tagline sedaya upaya.

han eba berkata...

HAHAHA, berus gigi

Tanpa Nama berkata...

makkkk aiii...demand giler coffee maker, microwave~!!...ako suke bagi set pinggan or periuk belanga ...sbb senang nk kitorg nk g mkn kat umah diorg nnt..hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...