Jumaat, Februari 04, 2011

QR Code: Untuk nampak lebih kemas dan ada stail.

Banyak benda aku terkebelakang banyak, bukan sikit.

Baru-baru ini, pasal lagu Ana Rafali. Dia menang AJL. Aku dengar sekali, lepas itu aku tak dengar langsung. Nizam kata, aku kena banyak kali baru kau rasa lagu itu sedap. Aku menolak untuk mendengar kali kedua - sebab pertama aku rasa dah tak sedap untuk di dengar.

Aku minat Radiohead - lagu 'Just' memikat aku. Selepas itu baru aku layan lagu paling hot band ini - Creep (album pertama). Macam Placebo, aku terpikat pada klip video dia pasal budak kecil bawa kereta, bawa ayah dia pergi jalan-jalan. Sejak dari itu, aku anggap Placebo band 2 orang yang masyuk.

[Mulakan cerita gambar di sebelah]

Untuk tidak membazirkan masa-masa lapang aku, aku selalu menjenguk ruang akhbar di pintu masuk bangunan aku sedang duduk ini.

Terlalu banyak rupa petak-petak ini, lalu tercetus apa kepebenda alah menatang ini. Terlalu banyak. Kalau banyak iklan, lagilah banyak!


Aku Google benda alah ini, bermula dengan sejarah bagaimana terbentuknya benda ini.

Sebenarnya, aku nak korang Google benda alah ini: QR Code. Tapi, matlamat aku kononnya nak menulis benda berfaedah maka aku huraikan sedikit.

Biasa kita nampak iklan movie baru nak keluar, misalnya. Punyalah gempak poster itu, ada gambar heroin filem, ada pistol. Letak tarikh tayangan bila...tapi bila tengok bawah sekali ada tulis ini:

www.filembarubakalditayangkan2011.com

Nampak tak link URL ini mencacatkan imej visual tadi - yang penuh warna-warni?

Begitu juga dengan name card.

Kacak, ada nama Sengal Bin Ajaib, berjawatan CEO kilang getah untuk produksi kondom. Letak nombor telefon dan alamat syarikat. Baris terakhir, dalam kad itu macam ini:


www.kilanggetahuntukproduksikondom.com

Sekali lagi, name card tadi dah tak cool, walaupun imej visual lain dari segin tulisan memang super duper kreatif.

Jalan penyelesaiannya?

QR Code. Untuk nampak lebih kemas. Sejak aku tahu fungsi kod ini, aku nampak iklan yang ada http://www.kilangkasut.com/ dah tak moden. Nampak macam cacat.

Untuk membaca kod, anda perlulah mempunyai telefon berkamera dan mempunyai aplikasi membaca QR Code. Tak kisahlah anda memakai apa-apa jenama smartphone.

Aku tamatkan entri ini dengan tugasan: Sila cari ayat yang tersembunyi pada gambar kedua.



PS: Seorang yang hippies kot, sukar menerima pembaharuan?

7 ulasan:

Mobile berkata...

Hello,

we believe that QR codes will make the connection between offline and online worlds easier. That's why we created our QR code generator with social features - YouScan.me. You can add all your info like Facebook profile or fan page, twitter, youtube, etc. and connect with others.

Cheers

Niz berkata...

BOSAN



kan?



p/s; aku tgk nama imej tu ja. blm cari lagi cara baca imej tu.jap lagi aku cari.kalau x jumpa jg, aku meroyan sini balik. huehuehue

Niz berkata...

eh. tarik balik jwpn atas
ini kn?
aku tau betul. LOL

Kebosanan Mencipta Kelainan


p/s; aku mcm penah terbaca sal koding ni di blog Obe

Niz berkata...

eh. tarik balik jwpn atas
ini kn?
aku tau betul. LOL

Kebosanan Mencipta Kelainan

Niz berkata...

ok terspam.
pandai pandai la padam







sori -_-

(p/s; hai MATAHARI~! haha)

DandelinoiD berkata...

haha...hoya spammers!

kau cari atau kau teka?

Niz berkata...

aku cari lo....
google kan ada!
=)



*spam spam ni bt entri ko ramai komen. ok la tu. hahha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...