Selasa, Februari 15, 2011

Lapan orang yang penuh nostalgia.

Masa aku cuti dalam tempoh percutian, memang aku jarang buka internet. Tapi masih mahukan sesuatu yang boleh menambah pengetahuan, tak kisah ianya hanya berkisarkan bagaimana hendak menyiangkan ikan.

Dan...aku tersangkut dengan variety show ini - Infinity Challenge. Minggu ini agak spesial, sebab mereka bersaing untuk mengembalikan nostalgia masing-masih. Setiap orang ada cerita dia yang boleh diceritakan kepada orang lain dengan penuh kegembiraan, dan berharap suatu hari nanti mereka akan bertemu dengan orang itu.

Word: We need to talk.

Mengimpikan burger benjo dengan kubis segar dari Cameron Highland.


Ada yang buka cerita first love. Lelaki memang akan ingat siapa first love dia. Damn true. Cuma agak annoying untuk sesetengah lelaki kalau disuruh buka kembali kisahnya. Sebab first love tak semestinya happy ending, cuma kebanyakan lelaki ingat ianya adalah first step mengenali jantina berlawanan - bukan secara fizikal tapi lebih kepada episod meruntun jiwa.

Dalam Infinity Challenge, ada seorang daripada mereka cuba mencari lelaki tua yang begitu istimewa. Ini juga satu fakta, kalau seorang lelaki lain buat sesuatu yang mengubah kehidupan lelaki itu, akan ingat. Cuba tanya ayah kamu sendiri, mereka ada cikgu disiplin yang selalu marah mereka tapi bila mereka tua, akan cuba appreciate pukulan rotan cikgu itu.

Habis pagi Sabtu aku lalu, berfikir tentang nostalgia manusia-manusia dimana andaikata aku diberi masa yang banyak dan bantuan orang lain, siapakah manusia akan aku cari semula. Tak kisahlah aku jumpa dia dikala kecil, sekolah rendah, menengah mahupun 5 tahun lepas.

#1. Budak cina di taman bimbingan kanak-kanak.
Aku tak masuk tadika, tapi masuk tabika. Lain sikit, sebab dikatakan bukan bawah Kementerian Pendidikan. Entah. Aku lupa nama dia, tapi aku ingat dia sebab dia adalah budak pertama yang aku ajar aku buat benda lucah - mengintai apa warna seluar dalam perempuan. Dulu aku duduk di perumahan bercampur aduk, sebelah Cina, depan India. Kalau aku keluar dengan budak Cina, mamat ini akan jadi teman aku. Aku selalu singgah rumah dia, nak main robot Gundam.

#2. Nor Afzan.
Tak ingat nama dia betul, mungkin ini nama dia. Aku join kuiz matematik dan aku menang. Adalah dapat dalam bentuk kewangan. Dia perempuan berambut pendek ketika itu, amatlah tinggi orangnya. Dia seorang yang selalu minta belanja, sebab dia tahu aku menang kuiz matematik. Tak ingat darjah berapa, tapi minggu terakhir itu aku belanja dia makan aiskrim - dan itu kali terakhir aku jumpa dia. Dengar khabar dia sudah kahwin, anak dah seorang kot.

#3. Cikgu Singh.
Kalau korang jumpa novel ini - Usahanya Belum Berakhir, sila beritahu aku. Aku rasa novel ini amat mendalam sekali. Aku mengalami masalah membaca, sejarah aku mula boleh membaca tajuk akhbar agak lambatlah juga. Cikgu Singh ini ada satu cara membuatkan sampai sekarang aku minat membaca. Setiap kali waktu rehat, aku akan lepak duduk belakang koridor sekolah. Cikgu Singh akan singgah situ, dan budak darjah satu yang boleh baca depan dia satu muka surat novel - Usahanya Belum Berakhir, dia akan bagi 50 sen.

#4. Cikgu Aina.
Cikgu English aku. Aku dapat kelas istimewa dari dia, 3 jam setiap minggu di rumah dia sendiri. Sumbangan dia dalam hidup aku besar, dan aku mahu jumpa dia kalau diberi peluang.

#5. Nurul Ashikin.
Rakan sekelas aku masa darjah 4. Duduk 2 meja dari belakang aku. Aku pernah terjatuh tangga dan terlanggar buju meja. Masa itu tiada siapa boleh tolong. Dia ada berhampiran disitu, papah aku pergi kelas. Siap offer air. Rupa dia, terlalu comel berkaca mata. Perempuan yang boleh dikatakan ambil berat pasal aku lepas kejadian itu. Khabar terakhir aku tahu pasal dia, berada di Kanchong Darat, Banting, Selangor. Status - tak tahu.

#6. Syazwan dan Hafizah.
Setiap orang ada partner in crime, Syazwan adalah orangnya. Cara kami berkenalan adalah ketika dengan lagu Sephia oleh Sheila On 7. Rakan aku ketika waktu tuisyen petang - tajuk dia paling suka adalah budak perempuan Sains 1 dan 2, ketika tingkatan 1. Mengenai Hafizah, dia adalah perempuan baru masuk ketikan tingkatan 2. Benda aku ingat pasal dia adalah parut di sebelah kiri muka dia, parut yang membuatkan Syazwan terpikat. Kelas aku dekat dengan tangga perempuan, jadi bila waktu rehat je, Syazwan akan ajak aku tunggu Hafizah ini turun. Rupa dia terlalu ayu. Tak ada sebab kalau dibagi peluang nak jumpa, cuma curious parut kat muka itu.

#7. Perempuan yang duduk sebelah aku, dua kali berturut-turut.
Hurm. Bukan sahaja peluang, malah mesin masa. Ya, aku memerlukan mesin masa untuk menjadi lelaki yang duduk sebelah perempuan-yang-duduk-sebelah-aku-dua-kali-berturu-turut. She is my history.

#8. Masa depan.
Aku tak perlu huraikan. Sila baca Memento, 2009, Bulan Februari. Ianya berlaku 1 hari sebelum 15 Februari.





Lapar tengah malam, salji mencurah-curah tak mengizinkan keadaan untuk keluar.

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...