Ahad, Februari 13, 2011

Ini lebih baik dari filem lucah.

Saja buat makan-makan besar dengan rakan sebaya atas dan bawah. Makan ikan kembung goreng, udang masak sambal, sayur dan cendawan goreng dan terbaik - kerang rebus.

Lepas makan itu, duduk terbongkang dengan pelbagai jus minuman - epal, oren dan nanas.

Ada yang sudah tidur, sebab kekenyangan.







Aku menjerit tiba-tiba...

"Woo, woo, woo. Woaaaahhhhh!. KO TENGOK, KO TENGOK, KO TENGOK!"

Kawan aku yang sedap tidur, "Kenapa Dib, kenapa, kenapa?" sambil gelabah cari dompet dan cermin mata. Ingat macam rumah terbakar je. Lepas itu aku cakap, "Tak ada apa-apa, kagum kejap." Tangan aku tunjuk kat skrin TV.



Semalam, kebanyakan lelaki kata, perasaan menonton moment ini lebih baik dari tengok filem lucah. Ianya sungguh cantik dan menawan.

Roooo-ney!

PS: Bola sepak menarik, sebab 45 minit itu tanpa iklan sabun basuh.

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...