Sabtu, Februari 12, 2011

Satu sejarah dah tertulis hari ini.

Apa yang berlaku lepas, kalau dicatatkan akan jadi sejarah. Semalam aku pergi temankan orang beli Macintosh, itu sejarah juga. Cuma sejarahnya suatu yang useless, atau catatan peribadi yang tidak membawa impak kepada manusia lain.

Malam itu juga berlaku satu lagi sejarah, aku tidur awal. Sekali lagi, ianya suatu sejarah. Sebab tempoh cuti  ini aku jarang tidur sebelum pukul 1 pagi. Maka uniklah jua sejarah aku semalam. Tapi, sejarah aku ini bukan macam catatan pelayaran Marco Polo. Ia masih useless juga kan? Tiada impak kepada manusia lain.

Bila aku bangun tidur, dipukul kesejukan pantai Haeundae, aku capai sumber maklumat aku - Mubarak sudah jatuh.

'Egypt is free'.

'Mubarak steps down'.

'Egyptian cheer Mubarak exit'.

'Resignation of Mubarak'.






Walaupun aku bukan terlibat dalam sejarah itu, tapi kisahnya mampu bagi inspirasi secara langsung - bukan dari buku teks sekolah.

Ah, situasi politik bakal berubah di Timur Tengah.

Selamat pagi dari Haeundae, Busan!

PS: Bebas dari pengaruh ecstassy.

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...