Selasa, Februari 22, 2011

Bujang trang tang tang tang.

Gembira. Senyum. Ketawa.

Sijil itu hanyalah kertas A4 semata-mata. Cuma kisah hendak mendapatkan kertas A4 itu menjadi kenangan. Sudah meninggalkan Ulsan. Berada di kawasan metropolitan - tanpa tempat tinggal (homeless). Makan dimana diajak oleh rakan-rakan, bersembang dimana diajak bersembang.

Dalam 4 hari lalu, jumpa orang-orang yang sudah makan lebih garam. Bila dengar kisah mereka yang habis tamat pengajian, rata-rata akan terlopong dan cuba mengisikan dengan suatu yang berfaedah. Lebih sibuk dari biasa, tak mahu menternak lemak sepanjang masa.

Cukup sahaja untuk kali ini. Sebab aku tak bosan, maka aku tak perlu tulis memanjang. Cuma tak mahu hilang pembaca.

Malam ini, pergi main snowboarding.

Harap jangan terseliuh. Dah nak masuk kerja plak.

PS: Status - penganggur sementara.

Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

congrats on ur convo..biaqla sehelai kertas A4 asalkan laku...

kerja d mana? hmm..papehal pon, selamat menjalani a new journey of "ko-keje-x-semestinya-ko-ada-duit-tiap2-ari-sbb-bnyk-nk-byr-siut-btol".

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...