Khamis, Februari 03, 2011

[Bosan Lampau 16] For Love of The Game.

Ini bukan cerita jiwang, walaupun aku dah letak 2 kali berturut-turut perkataan LOVE pada tajuk entri.

Movie ini aku semangat nak cari. Nak kata seronok sangat, aku bagi 6/10. 2 tahun yang lalu, aku tengok movie ini bersama-sama dengan seorang anak bujang. Aku ingat waktu itu, malam dalam pukul 10. Anak bujang duduk rumah, tak kemana-mana pun. Balik-balik TV atau pun kad terup.

Movie ini muncul di kaca TV, melalui Astro. Masa buka itu, dah 10 minit bermula. Permulaan cerita itu memang dah memaksa aku duduk depan TV.

[Sebenar aku nak suruh korang tengok Wiki]

Mudah je.

Pasal seorang pemain baseball, hari terakhir sebagai pemain profesional di kelab Tiger Detroit. Biasalah, bila dah terakhir ni barulah nak menghargai segala yang ada. Umur mamat ini, dah 40 tahun. Tapi masih ditawarkan ke kelab yang dia tak suka.

Masa dia melontarkan bola itu - dia tak fikir langsung tentang perlawanan itu. Dia fikirkan kehidupan dia dari kecil sampai waktu pagi sebelum ke stadium perlawanan di New York City.

Setiap balingan dia fikir pasal keluarga dia terutama bapa dia. Kawan dia, yang sekarang jadi lawan ketika perlawanan terakhir ini. Ada juga dia teringat pasal catcher dia, sentiasa bersama walaupun dia kadang-kadang main macam bangsat.

Tapi dalam kebanyakan balingan, dia fikirkan seorang perempuan. Perempuan itu yang membuatkan dia marah - selepas itu dia jadi pemain yang hebat. Perempuan itu juga menyebabkan kadang-kadang dia main macam palat - bergaduh.

Pagi sebelum perlawanan ini bermula, perempuan itu mahu tinggalkan dia atas alasan mengejar kerjaya. Selepas itu juga, dia dikhabarkan kelab kesayangan dia, Tiger Detroit akan dijual - bukan jadi milik kawan dia.

Bagi seorang pitcher, adalah suatu yang tak bagus.

Sebab itu, setiap kali dia baling bola - dia fikirkan benda lain: kehidupan dia. Baling-baling sehingga tak sedar, yang dia hampir mencipta rekod perfect game - pihak lawan langsung tak dapat mata perlawanan.

Ketika waktu rehat, dia minta satu bola dan dia tulis satu ayat - For Love of The Game. Dia buat keputusan untuk tidak bermain lagi baseball.

Aku tak mahu spoil ending dia.





Masa aku tengok cerita ini, anak bujang yang duduk sebelah aku ni - terus ucap satu benda yang menarik: "Betul gak, suatu hari nanti kita akan tinggalkan sport feveret kita."

Aku mencebik. Mungkin aku dah berhenti main bola padang besar, bermain 90 minit. Tapi, aku rasa belum bersedia nak tinggalkan tabiat tengok bola awal pagi buta.

For Love of The Game!

PS: Adakah menonton bola hingga lewat malam suatu yang buruk?

Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ianya terlalu membosankan

Tanpa Nama berkata...

tapi...ade kelebihannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...