Rabu, Januari 05, 2011

[004] Memento: Tahun 2006. Februari.

Kejap. Aku terlupa aku pernah jadi penari di INTEC. (giler apa) dan pernah jadi pelakon teater (memang giler). Aku memang kekok untuk menjadi pelakon, entah kenapa budak kelas aku menjadikan aku pelakon. Sampai sekarang, aku masih tertanya-tanya...kenapa aku?

20051023-02

Selamat tinggal 4 bulan pertama di Korea. Masa masih berbaki begitu banyak untuk melengkapkan kontrak penaja. Yehaa!

Tahun 2006 menyaksikan begitu banyak tempat aku lawat, kebanyakan di sekitar bandaraya kedua termahal di dunia ketika itu: Seoul. Tahun ini terlalu banyak memori telah dicipta. Terlalu banyak cerita untuk ditulis. Hurm.

#. Januari.

Tiada profil gambar menunjukkan aktiviti aku yang berlaku pada Januari 2006. Ini adalah saat paling genting. Kena berjaga-jaga. Elaun yang belum masuk dan bil gas. Dua benda yang paling berhati-hati. Ketika ini, stok-stok makanan Malaysia dirumah aku sudah kering kontang. Tak ada masakan yang fancy. Tiada sambal ikan bilis untuk sarapan. Banyak sumber makanan berdasarkan tepung - untuk penjimatan duit rumah. Tepung, tepung dan tepung. Terima kasih kepada Anas, yang begitu kreatif dalam membentuk tepung menjadi lempeng, cekodok pelbagai jenis. Cekodok kimchi, dehek.

Walau begitu, aku dapatkan MP3 pertama aku, iPod Shuffle kaler putih. MP3 paling legend aku ada, dan masih dipakai hingga hari ini walaupun revoulusi pada iPod Shuffle banyak berlaku hingga ke beberapa generasi. Masa ini, Apple produk di Korea tak semegah macam hari ini (hari ini siapa pakai iPhone/iPad dikira terlalu advance dalam komuniti). Aku dapat memiliki iPod Shuffle dengan harga begitu murah, murah sekali - atas sebab tak ada orang nak beli, sebab leceh Sync lagu. Step to be Apple fanboy.

#. Februari.

Aku dah masuk Third Level Korean Language. Banyak episod lawak boleh difahami. Boleh lah juga layan persembahan G.A.G Concert di KBS TV (slot rancangan lawak Korea). Kelas aku ini dikira havoc habis. Ada orang-orang yang kepala masuk air. Memang banyak saat-saat ketawa tak hengat dunia. Aku juga berazam, nak dapat terbaik untuk Level ini.

20060220

Dalam salah satu bab dalam buku Hanguk-O, ada tulis resepi bagaimana hendak memasak bulgogi. Daging diperam dengan pelbagai ramuan, Korean stail dan di masak atas kuali. Rasanya, ada macam durian tapi tak ada lah sangat. Ada sikit-sikit. Ketika ini juga, belajar masak Bibimbap dan Ttteokpukki. Sepanjang hari, semuanya mengenai makanan-makanan Korea.

Seperti aku kata, zaman orang tak ada komputer - kami banyak habiskan masa bersama. Ukhwah sesama manusia paling bernilai ketika ini. Dause dari Boramae selalu datang, Prebet@Firdaus dari Gaebong selalu datang. Gerombolan dari Gecheok - Musana, Naim, Shahril juga datang.

20060225

Atas inisiatif Anas (manusia paling berpengaruh dalam kehidupan aku, rumet sejak INTEC sehingga lewat 2006), dia beli PS2 untuk hiburan. Masa ini budak-budak yang aku kenal 'zero' dalam bermain Pro Evolution Soccer jadi taksub dan ketagih. Selepas itu bertambah, di daerah Daerim. Lagenda pemain - macam Sood, Muse, Skit datang nak test power. Memang terbaik zaman main PES.

Sebelum ini, nama-nama yang disebut diatas penah masuk kumpulan rugby. Agak pelik, sebab senior-senior atas kami semua sibuk bina kumpulan bola sepak, tapi kami team rugby. Tapi gagal di tengah jalan atas faktor cuaca dan keadaan padang. Memang bahaya tackle player dalam keadaan pasir. Memang luka menjadi lumrah pada training pertama.

20060228

Jalan-jalan di COEX. Menemani Firdaus@Prebet. Dialah manusia yang paling jengkel, kadang-kadang. Aku pesan, kalau nak rasa macam mana jalan dengan perempuan tapi bukan perempuan, sila keluar dengan dia. Cerewet dalam pilih pakaian, ending-nya aku yang kena buat pilihan apa T-Shirt paling sesuai.

Dia belanja aku pergi Wax Museum. Aku bukan ge-ei dengan dia. Terima kasih kepada dia, sebabkan dia aku amat menitik berat soalan andaikata kalau perempuan tanya aku, "Baju ini OK tak dengan saya?". Sebab terlalu sangat dengan soalan itu, aku rasa aku boleh bagi jawapan yang muktamad untuk memuaskan si penanya.

Terima kasih Prebet.

[bersambung]

Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

admin@blogdiloz.com berkata...

pervert sial!
hahaha.

betullah.bila ingat-ingat balik zaman excited baru datang dulu gila kau. macam budak-budak datang funfair dia punya seronok.

gila kenangan doh.

good luck!

Nadia berkata...

aip...aip...tgn kat mane tu..~!!!hahahaha....x baik dowh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...