Selasa, Januari 04, 2011

[003] Memento: Tahun 2006. Januari.

Kedatangan 2006. Tahun ini memang banyak sangat benda berlaku. Rutin harian telah bervariasi. Sekejap itu, sekejap ini. Penuh warna dan ragam.

#. Januari.

Buka buku teks Hanguk-O, ada belajar pasal alat muzik Korea. Secara tak langsung, fikir "Bagaimana ah rupa bentuk samulloli ni?", di bawa oleh son-seng-nim ke tempat belajar alat muzik ini.

20060125

Sejuk dan sejuk. Aku pun tak pasti macam mana aku dapat mengharungi musim sejuk. Tandas rumah aku di bahagian luar, angin senang keluar masuk tapi tertutup dari pandangan orang lain. Aku masih ingat letak sabun DOVE - jadi beku. Ada stalagtit (ais kat atas, stalagmit ke stalagtit?) lagi kat atas. Bila habis mandi je, boleh keluar dari bilik air macam Hulk Hogan keluar dari kepulan asap. Masa ini, memang akan mempertimbangkan macam malas nak mandi pagi.


  1. 20060130


Fasa kurang berjalan-jalan ke tempat baru. Banyak hanya berkisarkan di rumah kawan-kawan je. Pergi rumah Boramae dengar luahan Kong @ Iszaidy tak tahu nak buat apa kat rumah. Rumah Gecheok Sanobin Apartment, itu macam rumah dalam sardin. Kalau nak di-compare kan dengan pelajar baru yang datang ke sini memang berbeza.

Positifnya, tak ada siapa kisah sangat pun masalah rumah kecil. Ada je diantara budak-budak kami tidur belakang pintu, bawah meja. Benda ini tak pernah pun diceritakan dalam akhbar atau kepada famili sendiri. Buat apa hendak merisaukan ibu-bapa. Janji tidur! Bak kata pegawai JPA, "Rumah ini pelajar Korea buat untuk tempat rehat je, yang lain hanya di luar." Selepas 3 tahun, kata-kata dia dibuktikan - aku dah jarang duduk rumah.

20060130-1

Seollal Day. Lunar Day tak silap. Hari istimewa di Korea. Sebab itu ada sambutan besar-besaran. Pelajar Malaysia dibagi kelas khas membuat mug sendiri. Aku buat mug itu dalam saiz yang agak besar. Ukir tulisan tak elok di sekeliling mug itu. Pengakhiran mug itu, aku jadikan asbak abu rokok. Owh, ye, musim sejuk ini telah menjadi aku hampir kepada heavy smoker.

Banyak masa duduk rumah, sesekali turun salji, main salji lagi. Hari Jumaat macam biasa pergi solat Jumaat. Masa jadi pelajar bahasa, Jumaat di Itaewon itu memang rutin tetap. Lagi satu, nasi briyani kaw dibuat oleh tangan orang India/Pakistan : negara asal briyani.

[bersambung]

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...