Isnin, Januari 03, 2011

[002] Memento: Tahun 2005. Oktober - Disember.

#. Oktober.

Selepas melihat betapa pentingnya kamera, sebab terlalu banyak aktiviti jalan-jalan dan episod mencipta kenangan. Pada hari aku ke kelas, aku pergi Yongsan - beli kamera digital. Aku pergi bersama Shi. Masa ini, aku dah mahir jalan-jalan menggunakan subway. Bas? Maaf. Tak reti nak bas lagi. Baca map bas masih belum reti. Semuanya peta subway yang sentiasa dalam dompet.

20051011

Ini kali pertama aku cuba deal dengan orang Korea dari segi beli barang, nak kasi murah. Sepatutnya aku perlu ajak senior aku, tapi aku rasa macam lagi bagus je kalau pergi sendiri. Sebelum pergi banyak kali juga aku selak kamus (masa itu tak ada komputer dan E-dictionary, semuanya). Macam itu lah aku belajar bahasa, men-CUBA.

Banyak minuman yang membuatkan teruja, macam susu berkarbonat, susu strawberry dan pelbagai lagi seleksi susu disini. Disini memang selera aku minum susu dan makan sayur, berbanding aku di Malaysia.

Selepas beli kamera, banyaklah gambar aku tangkap. Gambar kunci, gambar gula-gula dan tong sampah sekali pun. Atas ini adalah beberapa seleksi cubaan pertama aku dengan kamera. Macam biasa, sekolah rumah dan beberapa tempat baru.

20051012

Son-seng-nim sekali lagi ajak jalan beramai-ramai: tengok wayang cerita jiwang pasal baseball Red Sox dan jalan-jalan sekitar Seoul World Cup Stadium. Masa itu, aku mana lah reti nak appreciate erti lawa dan indah. Selepas 2 tahun dari waktu ini, aku terima kawasan ini adalah kawasan yang cantik untuk fotografi ketika senja.

20051023

Aku tak ingat bila waktu puasa tahun ini. Pengalaman puasa nak masuk musim sejuk memang seronok. Sebab malam cepat datang dan lambat pergi. Pergi rumah pegawai JPA itu paling manis. Semua makanan, lauk pauk Malaysia semua ada. Entah mana dapat cili kering.


#. November.

Aku tak pernah panjat gunung kat Malaysia. Setakat bukit kat kawasan pembinaan baru belakang sekolah pernah, atau pergi Bukit Tinggi di Klang dengan menaiki kereta. Tak ada pengalaman panjat gunung menggunakan kaki dan kudrat sendiri. Gunung Kwanak San ini betul-betul belakang universiti aku belajar, Seoul National University.

20051109

Aktiviti terpaksa ditunda hingga ke bulan November. Sepatutnya bulan Oktober tapi sebabkan puasa maka ditunda. Panjat gunung Kwanak San ini berlaku lepas raya, memang semangat raya masih kental habis. Habis diusung beberapa keropok dan kuih raya ke puncak gunung. Antara memori paling lawak adalah nyanyian lagu In The End, Linkin Park oleh beberapa watak dalam episod kehidupan aku.

20051114

Annual Dinner PPMK pertama. Ini kali pertama aku lihat ramai pelajar Malaysia. Memang kekok habis tak kenal senior-senior. Masa ini aku tergelak persembahan Haikal, lagu Berita Kepada Kawan oleh Abiet G.Ade. Lagu itu yang telah menjadi hiburan aku dan perangsang aku seterusnya pada masa hadapan nak belajar. Eceh!.

Dan, berjumpa dengan blogger yang menyebabkan aku pun rasa nak mempunyai blog: Pemilik blog Gediks.com. Memang serabai sungguh keadaan aku masa lalu. Tak kenal dunia sangat lagi, kononnya.

#. Disember.

Tengah duduk-duduk rilek, selimuti diri dalam selimut (sebab sejuk)...rumet aku yang memang suka main game tepi tingkap jerit,"Salji wei, salji!". Itu lah keadaan pertama aku melihat salji - pertama kali. Gambar tepi tingkap itu adalah gambar pertama aku tangkap yang ada unsur-unsur keputihan salji. Memang terasa ke'oversea'an-nya disitu.

20051204

Masa ini kami merancang berjalan ke rumah Ajis and the gang yang terletak penghujung Oryu. Area rumah mereka besar. Benda yang terlintas dalam kepala adalah 'orang salji'. Membuat orang salji. Masa dalam perjalan ke rumah itu, aku terfikir satu idea untuk aku persembahkan untuk seorang perempuan - menulis nama dia dalam himpunan salji, tangkap gambar itu dan bagi dia.

Aku masih jumpa gambar itu, dan delete serta-merta. Ianya merupakan kisah cinta yang tak kesampaian. Mungkin itu episod cinta zaman belasan tahun. Apalah sangat boleh dapat, takkan nak tonggeng frust. Hidup mesti diteruskan. Lagi pun aku mentah sangat nak tahu pasal hati orang. Tak apa, belajar. Itu aku fikirkan masa itu.

Selepas 5 tahun, gambar ini muncul semula dalam ribuan gambar-gambar di FB. Bila aku tengok perempuan itu menggunakan gambar ini sebagai profile picture - lalu aku berkata dengan tutup mata. "Let it be, let it be."

20051208

Hidup mesti diteruskan walaupun apa-apa yang berlaku. Failure makes me stronger. Memang penuh falsafah kalau aku cerita pasal bab cinta dulu-dulu.

Seperti biasa, belajar bahasa awal-awal ini memang tak seronok. Son-seng-nim buat lawak pun susah nak faham, tapi kenalah juga buat-buat faham. Kecil hati pula nanti. Seronoknya belajar bahasa Korea ini - cara pendekatannya: menarik. Macam belajar nak pesan makanan dari restoran (contoh: pizza), son-seng-nim bagi pengalaman yang realistik semata-mata nak pelajar dia pandai.

Aku tak dapat A untuk Level First dan Second Level Korean Language. Semua hampir-hampir dekat je. Super-frust.

20051212

Balik-balik rumah je menghadap TV. Tengok rancangan larut malam - 19 tahun keatas (di Korea 19 tahun). Memang rasa menakjubkan bila buka TV je, ada orang bogel. Susah nak jumpa di TV3 atau pun TV kerajaan, TV1 dan TV2. Tiap-tiap malam duduk berjemaah sampai 2, 3 pagi (waktu kemuncak) tengok. Lepas itu, percubaan telefon pizza. Memang sukses, itu kali pertama aku pesan pizza menggunakan bahasa asing. Penuh kegembiraan bila pakcik penghantar pizza, tanda segala bahasa yang aku sebut boleh difahami.

Bulan 12 ini menyaksikan, dah 100 hari kami berada disini. Bermakna, tak boleh memegang status sebagai pelancong. Kena tukar visa menjadi status pelajar yang datang belajar bahasa; begitu spesifik sekali. Banjang (presiden) telah menyambut 100 hari kami berada disini dengan pelbagai sukan, yang paling pelik sukan lawan tangan.

Motif sebenarnya nak kenal antara satu sama lain, lawan tangan sebenarnya hanyalah medium sahaja.

20051217

Selepas majlis itu habis, aku dan beberapa kawan aku. Aku tak pasti dengan siapa aku keluar tapi bukan perempuan. Sebab masa ini, aku rasa macam seronok kalau dengan orang kepala gila-gila sikit. Malam itu merayau di Namdaemun dan Myeong-dong, jalan kaki sahaja. Selama ini, naik jihacol @ subway rasa memang jauh Namdaemun dan Myeong-dong. Sebenarnya terlalu dekat kalau jalan kaki. Waktu ini memang genting, sebab penaja tak bagi duit untuk tempoh 3 bulan akan datang ditambah lagi dengan derita musim sejuk. Harga gas untuk panaskan lantai menjadi canak-canak. Elaun tak ada. Jalan kaki adalah pilihan terbaik dan bernas.

20051217-02

Selepas beberapa hari itu, dikhabarkan oleh senior dan son-seng-nim bahawa ada ice ring boleh masuk dengan murah di City Hall / Sichong. Ini memang betul-betul landmark penting. Masa World 2002, ini kawasan nak tengok bola dengan skrin besar. Semua landmark dalam gambar ini dah diruntuhkan dan dibini dengan bangunan yang baru. Ini simbol betapa sudah lama sungguh aku duduk sini. Bangunan pun dah silih berganti.

20051219

Ice ring memang akan berlaku setiap tahun, bila hendak menjelang Krismas dan tahun baru. Dulu aku pernah melepak sini, bersama kawan aku di UM, tengok rusuhan menentang kepimpinan presiden Korea sekarang, Lee Myeong Bak.

20051224

Everland. Pusat pelancongan popular. Aku tak pernah tahu pun pasal tempat ini, dibawa oleh son-seng-nim juga. Aku pergi pada malam Christmas Eve, ada pesta bunga api. Memang superb lawa, dan boleh dilihat disini dalam tempoh gelap mercun memancut, banyak pasangan cium French Kiss. Detik itu amat jarang aku dapat lihat, ini satu pengalaman menarik. Aku suka tempat ini, adalah ketika ski meluncur salji mengguna board kecil. Sumpah, aku tak reti kawal. Lalu aku memecut menggila langgar ada lebih 5 atau 6 orang. Selepas 3 cubaan, aku dapat kawal keseimbangan.

Usia sekarang kalau aku naik, memang agak kelihatan macam tak sesuai. Rusuk badan dan iras muka yang serba tua, memang tak sesuai sukan ini. Terpaksa ubah kepada snowboarding.

20051231

Aktiviti terakhir paling manis adalah jalan-jalan sekitar lokasi pengambaran Winter Sonata, drama paling gempak dalam sejarah drama Korea. Sebab drama ini, Korean Wave berlaku seluruh dunia dan membuka jalan kepada K-Pop. Zaman aku, K-Pop tak seberapa. Lebih banyak kepada bakat, rupa itu cukup-cukup makan je. Tak ada kumpulan idol macam Big Bang, 2PM dan 2AM.

Tempat ini, memang sesuai kalau pergi dengan isteri. Memang penuh romantika. Lawa. Tak tahu lah sekarang macam mana. Aku pergi dengan rakan-rakan sebaya, apa lah boleh dapat. Masa itu pun bukan zaman nak menikmati pokok yang lawa dan eksotik. Ini kawasan paling jauh aku pergi ketika musim sejuk. Memang rasa tak tahan dengan kesejukan.

Malam itu adalah malam 31 Disember. Aku habiskan masa dengan tidur sebab keletihan walaupun diajak oleh Shi @ Aiman Adnan ke City Hall.

[bersambung]

Kebosanan mencipta kelainan.

3 ulasan:

nil berkata...

tahun bila x tau nak tengok salji ni..

Tanpa Nama berkata...

"aku persembahkan untuk seorang perempuan - menulis nama dia dalam himpunan salji, tangkap gambar itu dan bagi dia."

apa sbnrnye simbolik di sebalik perbuatan ini?

Diloz berkata...

salji tahun ni simpan bawa balik msia.
nanti rinduu.
haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...